Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, beliau menambah masalah itu dilihat menjejaskan produktiviti pekerja disebabkan mereka kehilangan banyak masa untuk ke pejabat, sekali gus merugikan negara.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa Fasa 2 (MRT2) Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang, baru-baru ini.

“Soal pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas itu akan menimbulkan soal produktiviti (dan) produktiviti negara akan terjejas, kerana kesesakan masa yang diambil pekerja untuk ke tempat kerja.
"Satu kajian menarik yang saya lihat di Bangkok beberapa tahun lalu menunjukkan, beberapa bilion dolar hilang dari sudut produktiviti semata-mata kerana kesesakan yang parah.
“Sebab itu jawapannya apa? Jawapannya ialah pengangkutan awam... jadi MOT (Kementerian Pengangkutan) juga sedang siapkan satu kerangka dan strategi pengangkutan awam yang lebih menyeluruh, dan akan dibentang pada Jemaah Menteri dan boleh dilaksana mengikut peringkat,” katanya lagi.
Sumber: Bernama