Lebih 55k kenderaan 'serbu' Pantai Timur, LPT2 saran pengguna buat persediaan awal menjelang Aidiladha

oleh Mohamad Hanif|
Lebih 55 ribu kenderaan dijangka akan menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) setiap hari bermula 8 hingga 12 Julai ini, berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari
biasa, menurut kata Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn Bhd menyarankan para pengguna untuk merancang perjalanan terlebih dahulu, dan bersiap sedia untuk menempuh perjalanan yang lebih panjang disebabkan oleh kesesakan trafik.
 

LPT2


Dalam masa yang sama, pihak pengurusan akan menambah kekerapan rondaan LTP2Ronda sepanjang tempoh musim perayaan Aidiladha kali ini, di mana 50 anggota akan ditugaskan terutama di lokasi kritikal antara Jabor dan Kuala Terengganu.

Pihak LPT2 juga menyarankan para pengguna untuk sentiasa menyemak maklumat trafik semasa menerusi laman Twitter LPT2trafik, papan tanda mesej elektronik (VMS) serta pengumuman trafik di stesen-stesen radio utama.

Tidak dilupakan, sentiasa juga menyemak baki kad Touch 'n Go untuk melancarkan transaksi tol sebelum memulakan perjalanan.

Untuk kemudahan, kiosk tambah nilai kad TnG juga disediakan di semua plaza tol dan kawasan rehat di LPT2.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecas baharu itu mula dikongsikan oleh Ismail Tahir melalui dalam kumpulan Facebook…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, "semua pengguna lebuh raya dapat…
Berita Domestik
Laluan di LPT1 dan LPT2 juga lancar di kedua-dua hala sementara kenderaan bergerak perlahan di…