Kereta Geely bakal dapat sentuhan bekas ketua pereka Bentley!

oleh Mohamad Hanif|
Bekas ketua unit rekaan Bentley, Stefan Sielaff dilaporkan meninggalkan jawatan di dalam pengeluar British itu untuk menyertai syarikat China Geely.
Modenas

Menurut jurucakap Bentley mengesahkan bahawa Sielaff telah melepaskan jawatannya awal minggu ini "untuk meneroka peluang kerjaya di luar Bentley dan Kumpulan Volkswagen."

Wakil Bentley itu walau bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berhubung penyertaan Sielaff ke dalam syarikat Geely.

Sielaff sebelum ini memegang jawatan ketua unit rekaan Bentley pada tahun 2015 selepas puas mengetuai pusat rekaan Kumpulan Volkswagen yang terletak di Potsdam, Jerman.

 


Sepanjang kerjayanya, lelaki berusia 59 tahun itu banyak menghabiskan masa beliau di dalam Kumpulan VW semenjak beliau menyertai Audi pada tahun 1990 sebagai pereka dalaman.

Menurut laporan Automotive News, perpindahan Sielaff ke dalam Geely bakal menyaksikan beliau mengambil alih peranan Peter Horbury sebagai ketua unit rekaan Geely.

Tempat Sielaff akan digantikan oleh Andreas Midnt, bekas ketua unit pereka luaran Audi, dan beliau sebelum ini memainkan peranan yang cukup penting di dalam rekaan e-tron, serta SUV Audi Q8.

Sumber: Automotive News

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Bentley Motors mengumumkan satu kajian selama tiga tahun yang memungkinkan magnet nadir…
Informasi
  Komponen enjin 4.0 liter V8 Bentley terdiri dari acuan blok enjin yang diperbuat dari aluminium…
Berita Global
Selain daripada itu, mereka juga turut memutuskan untuk meletakkan Bentley di bawah jagaan Audi…