Bentley Honey Black Edition sempena ulang tahun kelima, 500 balang sahaja, dan tidak boleh dibeli!

oleh Mohamad Hanif|
Sejak dari tahun 2019, Bentley telah mula menceburi bidang penghasilan madu lebah yang terletak di kilang Crewe, England, bermula dengan 120,000 ekor lebah.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley memperkenalkan madu edisi terhad Black Edition dengan pakej pembungkusan yang berbeza berbanding madu standard yang dihasilkan.
 

madu


Hanya 500 balang madu Black Edition yang diproduksikan, dimana ia dilihat membawakan warna madu yang lebih gelap, diikuti dengan label khas yang direka oleh pasukan pereka Bentley.

Sementara 1,000 lagi balang madu standard pula mendapat label berwarna putih.
 

madu


Secara keseluruhan, Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu Bentley ini mempunyai lebih daripada 1 juta ekor lebah dengan jumlah sarang lebah kini mencecah 17 buah, berbanding dua sahaja pada awal pembukaan.

 Sayang sekali, anda tidak dibenarkan untuk membeli madu Black Edition atau madu standard yang dihasilkan oleh Bentley ini.
 

madu


Menurut Pengarah Perancangan Pengeluaran Bentley, Sebastian Benndorf berkata, “madu yang lazat ini sangat eksklusif dan kami tidak menjualnya.

“Sebaliknya, ia diberikan sebagai hadiah pada acara korporat, kunjungan pelanggan, tujuan amal, serta skim ganjaran dan pengiktirafan rakan sekerja yang dianjurkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian kuasa Ultra Performance Hybrid menggabungkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar…
Berita Global
  Juga kali pertama dalam sejarah Continental GT, model berhud (convertible) Continental GTC…
Berita Global
Penamatan pengeluaran untuk rangkaian Continental dan Flying Spur menandakan langkah seterusnya…