ASTON MARTIN LANTIK BOS BENTLEY SEBAGAI CEO BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Pembuat automobil British, Aston Martin baru-baru ini mengumumkan pelantikan Adrian Hallmark sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2024.

 

aston martin

 

Hallmark akan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2018 di Bentley Motors sebagai pengerusi dan CEO untuk sertai Aston Martin.

Beliau mempunyai portfolio dalam industri automotif lebih daripada 25 tahun di negara seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Asia dengan syarikat automobil ternama seperti Bentley, Porsche dan Volkswagen.

Untuk memastikan peralihan yang lancar dalam kepimpinan, Amedeo Felisa akan kekal sebagai CEO sehingga Hallmark memegang jawatannya.

Felisa akan terus mengawasi pengenalan produk baharu Aston Martin termasuk pelancaran kereta sport generasi ketiganya pada akhir tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…