Kereta Dunia Tahun 2019? Jaguar I-PACE, turut menang lagi 2 anugerah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Anugerah industri automotif memang seronok untuk diikuti. Salah satu sebab ialah mengetahui kereta mana yang terpilih untuk anugerah tahunan (COTY).

Satu perkara tentang COTY ialah kereta popular tidak semestinya menang dan ada model yang terserlah kehebatannya setelah diiktiraf anugerah berprestij.

Secara umumnya, COTY terbahagi kepada dua iaitu diperingkat domestik dan antarabangsa. Ada juga COTY mengikut benua seperti di Eropah.

Kerap juga model COTY yang menang tidak sama mengikut negara, benua dan antarabangsa. Namun tidak kurang model yang sama memenangi COTY berlainan geografi sekaligus.
Modenas
Jaguar I-PACE

 

Satu daripada COTY yang berpengaruh ialah anugerah Kereta Tahunan Dunia (WCOTY) yang diumumkan sempena Pameran Kereta Antarabangsa New York (NYIAS).

Majis penganugerahan untuk tahun ini berlangsung pada 17 April lalu dan model manakah menang WCOTY 2019?

Jaguar I-PACE. Hebatnya model ini apabila menang tiga anugerah sekaligus iaitu Reka Bentuk Kereta Dunia Tahunan dan Kereta Hijau Dunia.

Lebih membanggakan apabila I-PACE adalah model pertama memenangi tiga kategori sekaligus sepanjang 15 tahun anugerah ini.

Anugerah Kereta Tahunan diadili oleh panel juri terdiri daripada 86 jurnalis permotoran daripada 24 buah negara.

 

Jaguar I-PACE

 

Selain menang besar di NYIAS, I-PACE beberapa minggu sebelumnya telah pun diiktiraf sebagai Kereta Tahunan Eropah dan kejayaan terbaru ini memahat kedudukannya sebagai kereta elektrik (EV) premium yang unggul.

Dua kejayaan tersebut seiring dengan longgokan pengiktiran I-PACE pada tahun lalu seperti Kereta Tahunan UK, Kereta Tahunan Sunday Times, Kereta Terbaik majalah Stuff dan Kereta Terbaik majalah T3.

Di negara lain, I-PACE diiktiraf sebagai Kereta Tahunan Jerman dan Norway dan Kereta Hijau Tahunan China.

I-PACE adalah sebuah EV yang direka dan dibangunkan di UK. Model ini berjaya menarik pelanggan baharu ke Jaguar dan merupakan EV pertama untuk mereka. Sehingga kini lebih daripada 11,000 pelanggan telah memilikinya di lebih 60 buah negara.

 

Jaguar I-PACE

 

Nadi I-PACE ialah ialah pada bateri lithium-ion 90kWh yang boleh dipandu sejauh 470 km (standard WLTP) dengan kuasa pengecasan daripada 0 hingga 80 peratus dalam masa 40 minit sahaja (100kW DC).

Penggunaan kuasa domestik (7kW AC) pula mengambil masa lebih sedikit daripada 10 jam dan ideal untuk pengecasan semalaman.

Harga I-PACE di UK ialah £60,995 (RM331,220) dan buat pengguna tempatan, kami tidak sama ada model ini bakal ditawarkan di negara kita atau tidak.

Apa yang pasti ialah, I-PACE ini bukan sebuah Jaguar seperti biasa dan reka bentuknya menarik dan unik!

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

*1 GBP = RM 5.430

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Namun begitu, Jaguar dan Tesla menyatakan kenderaan elektrik adalah jauh lebih selamat untuk…
Berita Global
Fasa produksi akan dihentikan buat sementara waktu bermula 17 Februari di Magna Steyr, Graz,…
Berita Global
CEO BMW, Harald Kruger dilaporkan melepaskan jawatannya kurang daripada lima tahun menduduki kerusi…