Jaguar I-PACE 2023 rasmi, EV dengan 2 motor elektrik, 400 PS, 696 Nm, dari RM460,800

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan SUV elektrik Jaguar I-PACE untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia menampilkan trenkuasa elektrik yang terdiri daripada motor elektrik berkembar, menghasilkan kuasa setinggi 400 PS dan daya kilas 696 Nm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.8 saat.
 

jaguar


Digandingkan dengan binaan badan aluminium, titik graviti yang rendah dan sistem suspensi udara, Jaguar i-PACE menawarkan prestasi yang mengujakan, disamping keseimbangan yang tiada tandingan.

Dalam masa yang sama, Jaguar I-PACE mempunyai keupayaan untuk meredah air sedalam 500 mm.

Pek bateri lithium-ion berkapasiti 90 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 470 km untuk sekali cas penuh berdasarkan data daripada Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Terselaras Dunia (WLTP).
 

o


Jaguar I-PACE menyokong pengecasan soket dinding 11 kW di mana jarak 53 km boleh dicapai dalam tempoh sejam, atau pengecasan penuh sekitar 8.6 jam.

Sementara pengecasan DC berkapasiti 100 kW pula membolehkan bateri dicas dari 0-80 peratus dalam tempoh masa 40 minit sahaja.

Ruang kabin I-PACE ini dilengkapi dengan sistem infohibur Pivi Pro yang terdiri daripada skrin berkembar masing-masing bersaiz 10 dan 5 inci, skrin kluster instrumen maya berdefinisi tinggi 12.3 inci, kawalan iklim dua zon, penderia kualiti udara, kawalan putaran haptik berbilang fungsi, serta pelbagai teknologi inovatif lain.
 

jag


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah All Surface Progress Control (ASPC), Bantuan Mula Mendaki (HLA), JaguarDrive Control, Kawalan Kestabilan Dinamik, Brek Kecemasan, Sistem Pemantauan Tumpuan Pemandu, Pengesanan Papan Tanda Trafik, Bantuan Pengekalan Lorong, serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar.

Untuk pasaran Malaysia, Jaguar i-PACE 2023 boleh didapati dalam versi Hitam LE pada harga RM460,800 atau versi HSE pada harga RM498,800.
 

kag


Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan jaminan pengeluar menyeluruh selama tempoh lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana tiba dahulu, diikuti dengan bantuan tepi jalan 3 tahun, pakej servis percuma 5 tahun (atau 102,000 km yang mana tiba dahulu).

Selain itu, pembeli akan ditawarkan kredit aplikasi DC GoToU bernilai RM1,000 untuk tempahan yang diterima sehingga 28 Mei 2023.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut untuk JLRM. Pengarah Urusan…
Pelancaran
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Range Rover Sport 2023 ini dikuasakan oleh enjin Ingenium enam…