Kereta Cepat Indonesia mula beroperasi tahun hadapan - Jokowi

oleh Mohamad Hanif|
Projek kereta api laju Indonesia, atau Kereta Cepat ID di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan, menurut kata Presiden Indonesia Joko Widodo.

Jokowi dalam ciapan di akaun Twitter rasminya @jokowi hari ini berkata pembangunan projek kereta api laju dari Jakarta ke Bandung itu telah mencapai 73 peratus dan dijangka beroperasi pada akhir tahun 2022.

Projek yang dibangunkan oleh syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) yang bermula pada tahun 2019 itu melibatkan kos sekitar US$6.071 bilion dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara memandangkan projek MyHSR telah pun dibatalkan.

Tambah beliau lagi, rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari Stesen Halim, Jakarta dan berakhir di Stesen Tenggaluar, Bandung itu merangkumi jarak 142.3 km dengan tempoh perjalanan sekitar 46 minit.

Sementara itu, projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700 km pula dijangka siap pada tahun 2025.

Baca: Fakta Menarik Berkenaan Kereta Cepat Indonesia

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV dengan lampu Z ini adalah produk sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Nissan Gakuen…
Informasi
Untuk memecahkan stereotaip yang telah lama membelenggu, Kegani Racing Academy telah memperkenalkan…
Berita Global
Namun, pernahkah anda melihat sebuah Impreza 22B yang diubah menjadi sebuah wagon? Bengkel…