Projek HWA EVO itu diumumkan sendiri oleh HWA AG, sebuah syarikat dari Affalterbach yang sangat terkenal dengan penglibatan dalam sukan permotoran.

Menariknya, projek yang dijalankan dengan kerjasama Curated itu akan mengambil inspirasi rekaan daripada imej janaan komputer Mercedes 190 EVO III yang dihasilkan oleh pereka terkenal Khyzyl Saleem.
Menurut HWA, projek restomod HWA EVO ini tidak akan mengorbankan model-model EVO II yang sangat bernilai tinggi itu.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan asas daripada model W201 yang banyak terdapat di atas muka bumi, sebelum disuntik dengan pelbagai teknologi terkini dan tidak ketinggalan kit badan yang sangat ikonik itu.
Difahamkan, hanya 100 unit sahaja HWA EVO yang akan diproduksikan, setiap satu dijual pada harga bermula dari €714,000 (RM3.6 juta).
Untuk makluman, versi asal Mercedes-Benz 190E 2.5-16 Evolution II membawakan nadi Cosworth 2.5 liter talaan AMG yang mampu menjana kuasa setinggi 232 hp, serta sistem gantungan boleh laras.
Rendering HWA EVO