Projek HSR Jakarta-Bandung jalani ujian bersepadu

oleh Mohamad Hanif|
Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung sudah pun memulakan ujian bersepadunya pada hari Isnin.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut laporan Bernama, ujian bersepadu yang dijalankan oleh syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) itu bertujuan untuk memastikan sistem tren dapat beroperasi dengan selamat dan stabil.

"Ujian secara telilti akan dijalankan terhadap fungsi landasan, pembekalan tenaga, katenari, telekomunikasi, isyarat dan amaran awal supaya memenuhi pelbagai keperluan yang sudah direka bentuk serta operasi," katanya.

Sejak dimulakan pada 9 Jun 2018, pembinaan HSR Jakarta-Bandung dijalankan secara teratur dan lancar dengan galakan pemimpin tertinggi China dan Indonesia dan usaha gigih pengendali kedua-dua negara.

HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik dalam pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan kerjasama China dengan Indonesia.

Projek landasan sejauh 142 kilometer menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu dan mempunyai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.

Sebaik projek itu siap kelak, perjalanan dari Jakarta ke Bandung hanya akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.

Projek berkenaan bukan sahaja akan memacu pembangunan sosioekonomi di sepanjang landasan itu, tetapi juga amat penting bagi meningkatkan kerjasama pragmatik China-Indonesia, memperkasakan pembangunan bermutu tinggi BRI serta pelaksanaan strategi “titik tumpu maritim global” yang dikemukakan oleh Indonesia.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Projek HWA EVO itu diumumkan sendiri oleh HWA AG, sebuah syarikat dari Affalterbach yang sangat…
Berita Global
SUV dengan lampu Z ini adalah produk sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Nissan Gakuen…