Kenapa Mitsubishi guna Yamaha Audio dalam XForce?

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi baharu sahaja melancarkan SUV baharu mereka, XForce yang bakal dijual di pasaran Asean termasuk Malaysia.

Antara ciri-ciri menarik XForce adalah penggunaan sistem audio premium dari Yamaha Corporation. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem Dynamic Sound Yamaha Premium itu merangkumi lapan pembesar suara, dengan sepasang tweeter pada tiang A (A-pillar), dua woofer pada pintu hadapan dan dua pembesar suara jenis co-axial pada pintu belakang.

Pemproses Yamaha pula memastikan mutu audio dalam keadaan paling optimum, walaupun XForce sedang dipandu laju atau dibawa di kawasan yang kasar.

Ia juga mempunyai empat mod audio untuk dipilih - Lively, Signature, Powerful dan Relaxing.

 

Careta bertanyakan kepada Mitsubishi, adakah penggunaan sistem audio premium ini akan menjanjikan tambahan jualan XForce ini untuk Mitsubishi.

Menurut presiden dan CEO Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Takao Kato, penggunakan sistem audio premium Yamaha itu tidak akan menjamin tambahan jualan tetapi ia akan membezakan XForce dari pesaing-pesaing yang lain.

"Kebanjiran pesaing dari China juga adalah antara punca kenapa kami mahu mencuba penggunaan sistem audio premium ini. Kami mahu produk-produk kami sentiasa berdaya saing dan sentiasa di hadapan," tambah beliau.

Adakah anda rasa sistem audio premium mampu menarik minat pembeli atau menjadi faktor pembelian anda? Kongsikan dalam platform media sosial Careta!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…