Kenapa Mazda MX-30 mempunyai pek bateri yang kecil berbanding pesaing?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika kemunculan awal EV pertama Mazda MX-30 pada acara Tokyo Motor Show 2019, penulis seakan tidak percaya dengan spesifikasi yang diterbitkan oleh Mazda, terutama apabila menyentuh soal kapasiti pek bateri serta jarak operasinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pendekatan Mazda ternyata berbeza berbanding pengeluar lain di mana Mazda MX-30 dengan pek bateri 35.5 kWh hanya mampu membenarkan jarak operasi sejauh 200 km berbanding Hyundai Kona EV (289 km, pek bateri 39 kWh). 

Apatah lagi ketika ini para pengeluar berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah produk yang mampu memberikan ketenangan kepada pengguna, terutama jarak operasi dan kekerapan pengecasan yang diperlukan. 

Namun, Mazda ada sebab tersendiri kenapa Mazda MX-30 ditawarkan dengan pek bateri dan jarak operasi yang lebih rendah. 
 


Menurut Christian Schultze, pengarah dan timbalan pengurus besar pusat R&D Mazda Eropah menjelaskan, pek bateri yang didatangkan pada Mazda MX-30 adalah saiz yang berpadanan dengan emisi CO2 yang terhasil daripada Mazda 3 hatchback diesel. 

Tambah Schultze lagi, walaupun selepas jarak kira-kira 160,000 kilometer dan pek bateri perlu ditukar, jumlah emisi CO2 Mazda MX-30 akan kekal sama seperti Mazda 3. 

Menggunakan pek bateri yang lebih besar (seperti contoh 95 kWh) akan menjadikan jumlah keseluruhan pelepasan emisi CO2 yang lebih tinggi sejak dari awal penggunaan, dan penukaran pek bateri akan menambah lagi jejak karbon kenderaan tersebut. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…