Kempen #CareForSafety Bosch, fokus keselamatan jalan raya kanak-kanak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bosch Automotive Aftermarket (AA) telah melancarkan kempen #CareForSafety, di mana ia merupakan kempen keselamatan khusus untuk kanak-kanak di Dignity For Children Foundation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Care For Life’ Bosch untuk menyumbang kepada komuniti kanak-kanak rentan di ASEAN.

Kempen itu turut disokong oleh Bosch Primavera, sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh syarikat bersekutu Bosch untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia sejak 1990.

#CareForSafety bertujuan untuk memfokuskan kepada pendidikan keselamatan jalan raya dan tajaan pengangkutan bas khusus untuk kanak-kanak Dignity.

Kempen tersebut akan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan cara untuk kekal selamat di jalan raya.

Selain itu, tajaan pengangkutan bas pula akan membantu perjalanan kanak-kanak ke sekolah dengan lebih selamat, sekaligus meringankan beban perbelanjaan keluarga menerusi pemberian subsidi untuk kos pengangkutan bas.

 

2

 

Program untuk guru-guru di Dignity For Children Foundation turut disediakan melalui Bengkel Keselamatan PRO, di mana ia akan melatih guru-guru tentang sukatan pelajaran keselamatan jalan raya serta mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan keselamatan ketika berada dalam talian.

Bagi meningkatkan keberkesanan kempen itu, bengkel-bengkel yang diadakan akan melibatkan pelbagai badan profesional sebagai rakan kongsi untuk membantu mendidik kanak-kanak cara untuk menjaga keselamatan.

Sebagai tambahan sepanjang kempen itu berlangsung, setiap pembelian produk berkaitan brek di Bosch Autoparts Official Store, Bosch AA Bersama Carsuka Automotive, pengedar eDagang mereka akan mendermakan RM4 kepada inisiatif itu.

Pelancaran #CareforSafety di Malaysia menandakan negara keempat di mana kempen #CareForLife serantau ASEAN dilancarkan.

Thailand dan Vietnam juga akan memperkenalkan kempen masing-masing pada masa akan datang di mana ia akan memberi tumpuan kepada aspek udara yang bersih dan aspek kesihatan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #CareForSafety Bosch AA, sila kunjungi kedai rasmi Bosch Autoparts di Shopee, dan untuk menyumbang kepada program tajaan bas, layari laman web Give Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah…
Berita Domestik
Bosch AA telah menjemput salah seorang pengedar sah lamanya, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, untuk…
Berita Domestik
Program CSR itu bertujuan untuk menangani kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar bagi…