Bosch AA telah menjemput salah seorang pengedar sah lamanya, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, untuk menyumbangkan bateri tersebut, di mana ia akan digunakan untuk ambulans Hospital Selayang, bagi memastikan ambulans tersebut sentiasa dalam keadaan sedia untuk bertindak balas terhadap panggilan kecemasan.
Penglibatan Bosch AA dengan sektor penjagaan kesihatan telah bermula sejak 2020 semasa pandemik, di mana mereka telah menyumbangkan bateri untuk ambulans dan bateri kabin untuk penjanaan peralatan perubatan penting, serta wiper ke Hospital Sungai Buloh.
Selaras dengan Ulang Tahun ke-100 Bosch Malaysia, Bosch AA meneruskan komitmennya untuk mencari lebih banyak peluang seterusnya bagi menyokong komuniti perubatan di Malaysia dalam jangka masa panjang.
Pengarah Perniagaan Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Dillion Goh berkata, “Kami mengagumi dan amat menghargai usaha gigih pihak perubatan masyarakat di Malaysia.”
“Menderma bateri kepada hospital adalah cara kami menyokong sektor penjagaan kesihatan di negara ini kerana bateri merupakan komponen penting dalam ambulans kerana ia diperlukan untuk menghidupkan segala peralatan sokongan hayat kenderaan semasa respons kecemasan.”
Menurut Goh juga, pengedar Bosch AA yang lain digalakkan untuk memainkan peranan kecil bagi memastikan bahawa ambulans diselenggara dengan baik, supaya pekerja penjagaan kesihatan boleh terus menyelamatkan nyawa dengan selamat.