Bosch dan MISAR Malaysia anjur program survival banjir dan keselamatan kereta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bosch Automotive Aftermarket (Bosch AA) dengan kerjasama Malaysia International Search and Rescue (MISAR) baru-baru ini telah berjaya mengadakan sebuah program bagi kesediaan menghadapi banjir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah disertai oleh 200 orang rakyat Malaysia.

Program itu merangkumi pelbagai topik, termasuk persediaan banjir, keselamatan, dan latihan survival, di mana mereka mempelajari cara mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada banjir, membangunkan pelan pemindahan, dan kekal selamat semasa banjir.

 

2

 

Mereka turut diajar cara untuk mengangkut yang orang tercedera dan warga tua dalam banjir, serta cara melarikan diri apabila terperangkap dalam kereta tenggelam.

Dengan kerjasama Bosch AA, para peserta juga dididik tentang keselamatan kereta, dan kepentingan mempunyai alat ganti kereta yang berkualiti, terutamanya semasa kejadian bencana semula jadi seperti banjir kilat.

Pengarah Perniagaan Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Dillion Goh berkata, “Dengan peningkatan laporan mengenai cuaca buruk akibat musim tengkujuh Malaysia, Program Survival Banjir ini penting untuk kekal selamat semasa banjir."

 

3

 

"Adalah lebih baik untuk orang ramai mempelajari kemahiran ini untuk bersedia bagi mengekalkan diri mereka dan keluarga mereka selamat."

"Kami gembira menjadi sebahagian daripada program yang memberi impak ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dilengkapi dengan pengetahuan keselamatan banjir, di mana musim monsun dijangka berlangsung sehingga awal November ini.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bosch dikatakan berhasrat untuk melabur kira-kira 350 juta EUR (RM1.62 bilion) bagi tapak…
Berita Domestik
Projek itu meliputi pengubahsuaian perpustakaan dengan reka bentuk dalaman, perabot baharu, dan…
Berita Domestik
Bersempena dengan acara berprestij itu, Bosch telah mengadakan satu peraduan iaitu #BoschJaguhBola…