Bersempena dengan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal jenama Kawasaki tersebut melancarkan dua buah model supernaked terbaharu, iaitu Z250 ABS dan Z400 SE ABS.
Membawakan rekaan agresif yang diinspirasikan daripada penggayaan Sugomi, Z250 ABS dan Z400 SE ABS masing-masing tampak lebih garang dengan garisan badan yang lebih maskulin.
Kedua-dua model Z ini menerima enjin serba baharu yang menjanjikan prestasi yang lebih cemerlang serta mudah untuk dikawal, serta kuasa yang lebih tinggi berbanding model terdahulu.
Rekaan casis rangka trellis yang serba baharu pula memberikan lebih penjimatan dari segi berat, selain membawakan kestabilan dan pengendalian yang lebih mudah di jalan raya.
Z250 ABS
Enjin: Empat lejang Parallel Twin sejukan cecair
Sesaran: 249 cc
Kuasa/Daya Kilas: 37 PS/23.0 Nm
Transmisi: Manual enam nisbah kelajuan, klac basah berbilang cakera
Saiz tayar: 110/70-17 M/C 54H hadapan, 140/70-17 M/C 66H belakang
Suspensi hadapan: 41 mm fork teleskopik
Suspensi belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Berat: 165 kg
Kapasiti tangki: 14 liter
Harga: RM21,998.00
Z400 SE ABS
Enjin: Empat lejang Parallel Twin sejukan cecair
Sesaran: 399 cc
Kuasa/Daya Kilas: 45 PS/38.0 Nm
Transmisi: Manual enam nisbah kelajuan, klac basah berbilang cakera
Saiz tayar: 110/70-17 M/C 54H hadapan, 150/60-17 M/C 66H belakang
Suspensi hadapan: 41 mm fork teleskopik
Suspensi belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Berat: 165 kg
Kapasiti tangki: 14 liter
Harga: RM28,775