Kamera AES turut dihentam tumbang di dalam nahas maut di lebuhraya

oleh Shahrim Tamrin|
ALOR GAJAH, 28 Ogos, 2018: Genap 10 hari selepas diumumkan bahawa saman dari kamera AES tidak laku sehingga hujung bulan ini, sebuah kamera AES di Lebuhraya Utara Selatan telah tumbang dihentam oleh bas ekspres dan lori treler.

Kejadian nahas yang berlaku hampir pukul 2 pagi pada malam Isnin di Kilometer 214 (arah selatan) bersebelahan dengan tempat peranginan A'Famosa telah menyaksikan seorang penumpang bas ekspres lelaki berusia 34 tahun maut di tempat kejadian. Kira-kira 20 penumpang yang lain cedera termasuk pemandu lori treler. 

Menurut perangkaan PDRM Trafik, Kilometer 214 dan dalam lingkungan 5 km berdekatan kawasan kejadian sudah mencatatkan beberapa nahas lebuhraya maut semenjak sembilan tahun kebelakangan.

 

 

Namun, tidak dapat dipastikan faktor nahas samada ia melibatkan kenderaan melebihi had laju atau pun pemandu berada dalam keletihan ketika mengemudi kenderaan pada tengah malam.

Dipercayai bas ekspres itu telah melanggar sisi belakang treler tersebut sebelum kedua-dua kenderaan tersebut berpusing diluar kawalan dan melanggar tiang serta kamera AES yang terletak di tepi lebuhraya.

Menurut laporan Berita Harian yang telah menemuramah seorang penumpang, "Saya sedang tidur ketika kejadian sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman."

 

 

“Saya dapat rasakan keadaan bas terhuyung-hayang sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan keadaan di dalam bas bertukar cemas," kata D Magendran, 37.

“Disebabkan bahagian hadapan bas yang remuk, saya bersama penumpang lain terpaksa keluar melalui pintu belakang,” katanya yang patah bahu kanan dan berada dalam keadaan trauma.

Pada 17 Ogos lalu, Kerajaan telah mengumumkan bahawa saman-saman AES yang tidak dibayar sejak September 2012 sehingga 31 Ogos, 2018 adalah tidak diguna pakai atau pun dilupuskan.

Dalam erti kata lain, sekiranya kamera AES merakam aksi pemandu kereta, bas, lori atau penunggang motosikal melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju atau tidak mematuhi lampu isyarat, tiada saman akan dikeluarkan hasil dari rakaman kamera AES tersebut sehingga tamat hari Kemerdekaan tahun ini. 

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Roads.sg mendakwa bahawa ia dilakukan mungkin kerana "mereka hendak lari dari ditangkap oleh kamera…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam berkata bahawa kamera AES akan ditambah di lebuhraya…
Berita Domestik
Kamera had laju di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan tetap dibina pada masa hadapan…