Konvoi superbike Singapura tutup plet untuk elak AES

oleh HEZERI SAMSURI|
Facebook Page Roads.sg telah memuat-naik video sekumpulan superbikers dari Singapura yang sedang menunggang di lebuhraya PLUS.

Apa yang menjadikan video itu tular ialah ada beberapa motosikal besar dari Singapura itu menutup separuh dari nombor plet mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Roads.sg mendakwa bahawa ia dilakukan mungkin kerana "mereka hendak lari dari ditangkap oleh kamera AES".

Video itu menyebabkan ramai netizen mengecam penunggang dan pemandu dari negara kecil itu kerana hanya berdisiplin ketika membawa kenderaan di sana tetapi tidak berdisiplin ketika memandu di jalanraya Malaysia.

Mungkin itu benar tetapi rakyat Malaysia tidak berdisiplin di jalanraya Malaysia dan juga di Singapura.

Menurut laporan media Singapura, kenderaan asing mempunyai saman tertunggak bernilai S$32 juta (RM96.3 juta) akibat lebih dari 400,000 kesalahan trafik, salah parkir dan kesalahan dari akta asap kenderaan.

Singapura juga telah mengumumkan bahawa bermula dari 1 April 2019, kenderaan luar negara yang mempunyai saman tertunggak tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu lagi.

Malaysia sudah mengumumkan bahawa sistem RFID akan diperkenalkan kelak kepada kenderaan asing dan sistem itu mampu mengesan kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak.

Mereka perlu membayar saman-saman tersebut atau kenderaan mereka tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Baca laporan tersebut di pautan ini. 

Di bawah ialah video tular berkaitan superbiker Singapura yang menutup nombor pendaftaran motosikal mereka. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…
Berita Global
Ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kesesakan di sempadan dengan Malaysia yang turut…
Berita Global
Arkitek, Sze Chong, 64, berkata beliau berbasikal lebih daripada 12 kilometer (km) dari rumahnya di…