Kerajaan pertimbang tambah kamera AWAS

oleh Mohamad Hanif|
Laman berita Bernama melaporkan kerajaan bercadang untuk menambah bilangan kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) mengikut keperluan dalam jangka masa panjang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.

“Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan AwAS,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) tentang status terkini kamera AES dan jumlah yang masih beroperasi dan sebarang kajian terkini dilakukan berhubung keberkesanan penggunaan kamera AES.

Setakat ini, terdapat 45 kamera AwAS beroperasi dan daripada jumlah itu, dan hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan.

Pada masa yang sama, Hasbi juga menekankan penguatkuasaan kamera AwAS bukan bertujuan memerangkap pengguna jalan raya sebaliknya, langkah itu bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam yang merupakan lokasi kerap berlakunya kemalangan.

“Penggunaan kamera sebegini telah membolehkan aktiviti penguatkuasaan berlangsung 365 hari dan 24 jam sehari, serta mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia (anggota penguatkuasaan) yang tinggi,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…
Berita Domestik
Sistem dibangunkan Selgem Sdn Bhd (Selgem) mengaplikasikan penggunaan kamera pintar di papan pemuka…
Aksesori Motosikal
Sensor sebesar 23MP membolehkan Hero10 Black merakam video pada resolusi maksimum 5.3K/60fps, serta…