Kadar penggunaan tag RFID cecah 10 peratus di Utara

oleh Mohamad Hanif|
elaksanaan kaedah pembayaran tol yang baru bagi kenderaan penumpang persendiran menggunakan teknologi RFID oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) baru-baru ini menyaksikan semakin ramai rakyat Kedah dan Pulau Pinang beralih kepada
pembayaran tol tanpa sentuh dan tanpa tunai tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selaras dengan hasrat Kerajaan ke arah pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk perjalanan di lebuhraya yang lebih lancar, terutamanya di plaza tol, ujian perintis awam yang disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia tersebut telah menyaksikan kadar penggunaan RFID meningkat daripada 2.3% sehingga mencecah 10% sejak ia dilaksanakan dua minggu lalu.

“Kadar peningkatan yang baik dalam tempoh singkat 14 hari adalah amat positif. Saya percaya ia akan terus meningkat apabila semakin ramai melihat faedah-faedah yang diperolehi daripada sistem pembayaran baharu ini. Paling ketara adalah ia dapat memastikan penjarakan fizikal dapat dilaksanakan berbanding pembayaran menggunakan kad yang sedia ada.

"Apabila ia dihubungkan dengan eWallet pelanggan, ia mengurangkan risiko pelanggan tersangkut di lorong tol akibat baki kurang di mana pelanggan perlu menambah nilai secara fizikal dan terdedah kepada penyebaran Covid-19,” jelas Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak LLM kerana menyokong pelaksanaan ujian perintis awam ini. Ia membolehkan kami melaksanakannya buat julung kalinya di 9 buah plaza tol Sistem Tertutup iaitu Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua. Ia adalah langkah awal sebelum sistem RFID dilaksanakan di lebuhraya Sistem Tertutup yang lain tidak lama lagi,” tambah beliau.
 


Pelaksanaan pembayaran tol menggunakan RFID di lebuhraya PLUS dilakukan secara berperingkat bermula pada 1 Januari 2020 di 10 buah plaza tol Sistem Terbuka iaitu Plaza Tol Jitra dan Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan), Lunas dan Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim), Jambatan Pulau Pinang, Mambau dan Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) serta Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua).

Pada ketika ini semua transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi diterima di semua plaza tol PLUS. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah lorong SmartTAG di beberapa plaza tol kecil dengan jumlah lorong yang terhad telah digantikan dengan lorong khas RFID.

Walau bagaimanapun, kad Touch ‘n Go masih boleh digunakan di lorong Touch ‘n Go yang biasa. Pendekatan yang sama akan digunakan apabila RFID diperluaskan ke seluruh negara selepas ini.

Untuk pembayaran tol, PLUS juga mengingatkan bahawa tag pelekat RFID perlu dipasangkan pada kenderaan. Pelekat tag RFID yang gagal dipasang pada kenderaan boleh menyebabkannya dibatalkan dan disenarai hitam.

Bagi mereka yang mahu bertukar kepada cara pembayaran tag RFID boleh merujuk kepada pautan di bawah:

https://www.tngdigital.com.my/urban-mobility/rfid

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara…
Berita Domestik
Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Amanz, pengguna perlu mengaktifkan terlebih dahulu fungsi pembayaran…