Jorge Lorenzo umum bersara dari MotoGP!

oleh Mohamad Hanif|
Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo hari ini mengumumkan persaraan dari saingan MotoGP dunia dalam satu sidang media tergempar yang diadakan di Litar Ricardo Tormo di Sepanyol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman itu dibuat sejurus sebelum bermulanya perlumbaan terakhir musim ini di Valencia hujung minggu ini.

“Saya sentiasa ingat akan ada empat hari yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang pelumba; perlumbaan pertama, kemenangan pertama, kejuaraan dunia pertama dan hari kami bersara.

“Dan seperti anda semua dapat bayangkan, saya di sini ingin mengumumkan harinya telah tiba buat saya. Perlumbaan ini (GP Valencia) akan menjadi perlumbaan terakhir saya,” katanya kepada media dalam keadaan sebak.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengalami kecederaan berterusan sejak tahun lalu dan gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik musim ini bersama Honda.

 


Walaupun mengakui pernah terlintas untuk bersara selepas perlumbaan di Assen di mana dia mengalami kecederaan belakang yang teruk, Lorenzo mendedahkan keputusan itu baru sahaja dimuktamadkan selepas perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri sebahagian besar pelumba yang beraksi dalam saingan kejuaraan dunia MotoGP bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas juara dunia dari Sepanyol itu.

CEO Dorna Carmelo Ezpelieta yang turut hadir di sidang media tersebut turut mengumumkan Lorenzo akan diangkat sebagai ‘MotoGP Legends’ dalam perlumbaan di Valencia hujung minggu ini.

Lorenzo sebelum ini pernah memenangi tiga kejuaraan dunia bersama Yamaha dalam kelas MotoGP dan dua kali juara dunia dalam kategori 250cc.

Sumber: Fox

Berita Berkenaan

MotorGP
Alex yang juga merupakan juara dunia Moto2 musim ini akan bergandingan bersama abangnya Marc…
MotorGP
  Dalam temuramah bersama Red Bull beliau berkongsi perasaan dan jangkaan untuk musim ini. Beliau…
Sukan Bermotor
Turut serta pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan…