Alex Marquez ganti Jorge Lorenzo

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berteka teki siapakah pelumba yang akan menggantikan Jorge Lorenzo di box pasukan Repsol Honda musim hadapan, HRC hari ini mengumumkan Alex Marquez sebagai pelumba kedua mereka untuk 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alex yang juga merupakan juara dunia Moto2 musim ini akan bergandingan bersama abangnya Marc Marquez untuk saingan musim hadapan.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasukan itu pagi tadi, Alex dilaporkan menandatangani kontrak selama setahun dan akan menggunakan jentera RC213V.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan desas-desus siapakah antara dua pelumba LCR Honda; Cal Crutchlow dan Takaaki Nakagami ataupun Johann Zarco yang akan mengisi tempat yang ditinggalkan Lorenzo.

Pengurus HRC, Alberto Puig memberitahu autosport.com bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kejayaan Alex sebelum ini di Moto2 dan umurnya yang masih muda (23 tahun) dan bukannya disebabkan faktor Marc sebagai abangnya.

“Kami memutuskan untuk memberi peluang ini kepadanya (Alex). Dia juga adalah juara dunia Moto2, masih muda dan kami yakin ini akan jadi peluang yang baik buatnya,” kata Puig.

Sumber: Fox Sport

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…