Pelumba MotoGP Jorge Lorenzo temui peminat di Pavillion, KL

oleh Mohamad Hanif|
Shell selaku penaja utama Malaysia Motorcycle Grand Prix selama sembilan tahun semenjak tahun 2009 telah mengadakan sesi ramah mesra bersama pelumba pasukan Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut serta pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain; Iain John Lo, Pengerusi Shell Malaysia; dan Paolo Ciabatti, Pengarah Ducati Corse Sporting dan Projek MotoGP.

 

Pada majlis yang sama, Shell Malaysia telah menyampaikan hadiah peraduan 'Win a Bike' bagi minggu kedua dan kelima kepada para pemenang yang bertuah berupa sebuah motosikal Yamaha LC 135.

Untuk mereka yang masih ingin merebut peluang memenangi hadiah motosikal, anda hanya perlu dapatkan Shell Biker Value Pack bernilai RM69.99 dan RM99.90 sehingga 30 November ini.

 

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai acara sukan MotoGP 2018:

1. Kejohanan MotoGP Sedunia ini merupakan acara ikonik yang tertua dan perlumbaan yanv paling menarik perhatian bertempat di 16 buah negara seluruh dunia.

2. Kerjasama Shell-Ducati bermula pada tahun 1999 apabila kedua entiti tersebut bergabung menyertai MotoGP dan sehingga kini, ia berjaya memenangi 150 buah perlumbaan, sekaligus menjadikan Shell-Ducati sebagai salah satu pasukan terkuat dan paling berjaya dalam sejarah sukan motosikal.
 


3. Ducati menggunakan produk Shell untuk kegunaan di litar dan juga perjalanan seharian. Kesemua motosikal Ducati akan dipastikan diisi dengan Shell V-Power dan dilindungi sepenuhnya oleh Shell Advance sebelum meninggalkan kilang Bologna, Itali.

4. Shell menjadi penaja utama Malaysia Motorcycle Grand Prix sembilan kali dalam sepuluh musim perlumbaan semenjak 2009.

5. Shell MotoGP 2018 bakal menampilkan Shell Hillstand untuk tahun kedua berturut-turut yang bakal menyajikan siaran perlumbaan secara langsung menerusi skrin besar LED, lokasi yang lebih strategik dan dijamu selera dengan pilihan makanan dan minuman.

 


6. Buat para penghujung, Shell turut menyediakan stesen minyak mudah alih bagi memudahkan mereka mengisi bahan api Shell V-Power Racing; manakala servis Shell Advance Ride Thru pula bagi penunggang yang ingin membuat servis menukar minyak hitam Shell Advance.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shell.com.my/motorists/motorsports/motogp.html

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…