Temuramah eksklusif bersama Jorge Lorenzo dan pendapat beliau dalam pasukan Repsol Honda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Juara MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo bersama pasukan baharu musim ini. Lebih mengujakan dan menarik apabila beliau adalah rakan sepasukan juara dunia tujuh kali, Marc Márquez dalam Repsol Honda.

Selain juara MotoGP, Lorenzo juga berjaya memenangi 47 perlumbaan sepanjang kariernya dalam saingan motosikal peringkat tertinggi ini.

Apakah nasib beliau dalam musim ini? Adakah serasi dengan motosikal baharu dan apakah pendapat beliau tentang Marc Márquez? 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jorge Lorenzo. Kredit RedBull

 

Dalam temuramah bersama Red Bull beliau berkongsi perasaan dan jangkaan untuk musim ini. Beliau jujur, optimis, yakin dan menghargai segala kejayaan yang telah dicapai.

Bagaimanakah keterujaan anda untuk musim ini?

Saya sangat teruja memandangkan semuanya berubah sekali lagi. Dua tahun lalu saya berubah sepenuhnya, daripada pasukan, motosikal termasuk mereka disekeliling dan orang yang berkerja dengan saya.

Sekali lagi saya melakukannya! Pada satu bahagian memang lebih sukar memandangkan sudah terbiasa dengan motosikal dan menjadi semakin baik memandangkan banyak rahsia sudah diketahui dan untuk ke tahap maksimum dengan lebih senang.

Untuk satu bahagian lain anda bakal menghadapi cabaran dan keterujaan baharu. Saya mempunyai cabaran dan keterujaan yang lebih jika dibandingkan dengan pelumba lain. Anda hilang satu perkara dan peroleh satu perkara lain.

 

Jorge Lorenzo. Kredit RedBull

 

Apa yang anda jangkakan untuk motosikal baharu Repsol Honda?

Ujian di Valencia memang bagus sewaktu kali pertama saya mencuba Honda dan kali kedua di Jerez, segala-galanya sukar untuk dipercayai dalam pasukan ini.

Pasukan ini begitu besar dan sangat profesional, segala-galanya sempurna dan mereka memberi perhatian kepada segenap perincian.

Mereka banyak memberikan perhatian kepada saya, mereka begitu menjaga saya, membawa semua perkara yang saya minta dan itu adalah suatu yang penting.

Saya rasa disayangi mereka dan untuk setiap perkara pun sama. Perasaan di atas motosikal menakjubkan sekarang ini. 

Walaubagaimanapun, saya masih perlu memperbaiki gaya tunggangan di atas motosikal, saya masih memerlukan motosikal ini mengikut cara saya tetapi untuk permulaan ianya begitu bagus.

 

Jorge Lorenzo. Kredit RedBull

 

Berapa besar keinginan anda untuk menjadi juara dunia buat kali keempat?

Saya tidak pasti jika saya akan bersedia untuk bersaing bagi merebut kejuaraan dalam musim pertama bersama Honda. Satu perkara yang pasti ialah saya akan mencuba yang terbaik dalam persediaan untuk perlumbaan pertama di Qatar (10 Mac).

Ianya tidak tidak mudah lebih lagi sekarang ini, apabila kita hanya mempunyai tiga atau empat ujian sahaja sebelum permulaan musim.

Anda perlu bersaing dengan Marc Márquez, seorang pelumba yang sangat bagus dan ianya adalah tahun keenam atau ketujuh bersama motosikalnya.

Ia agak rumit dan bukan sahaja dia, saya juga perlu bersaing dengan Andrea Dovizioso yang kini adalah tahun ketujuh bersama Ducati dan Valentino Rossi yang sudah lebih daripada sepuluh tahun bersama Yamaha.

Jadinya sekarang ini ramai pelumba yang mempunyai banyak pengalaman bersama motosikal mereka yang nampak sukar untuk dikalahkan. Saya tidak pasti sama ada saya akan bersedia.

 

Jorge Lorenzo. Kredit RedBull

 

Bagaimana nanti, berlumba bersama Marc Márquez?

Jika anda menyentuh tentang angka, jelas kami adalah pasangan paling kuat dalam sejarah MotoGP. Angka tidak menipu.

Untuk kejayaan, untuk kejuaraan dunia, untuk bakat dan kelajuan sekarang ini jelas saya perlu merendahkan hati, saya perlu merendah diri dan belajar banyak perkara dari mereka di sekeliling dalam pasukan dan juga Marc yang mempunyai banyak pengalaman di atas motosikal ini.

Apakah kejayaan yang dijangka pada 2019?

Hidup saya secara keseluruhannya berjaya dan secara amnya saya individu yang bertuah, kerana dapat melakukan apa yang saya suka dan setakat ini mempunyai kerjaya yang berjaya dengan sejumlah kejuaraan dan kemenangan.

Semasa saya kecil dahulu saya tidak pernah menjangkakan apa yang saya miliki sekarang ini.

Seperti yang saya selalu katakan, selepas kejuaran dunia pertama MotoGP yang saya capai, segalanya yang datang selepas itu adalah tambahan ibarat satu hadiah. Tetapi segala-galanya tidak mustahil dalam MotoGP.

Kredit/hakcipta foto: Red Bull

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…