Jenama Chrysler, Lancia mungkin lenyap daripada Stellantis - Laporan

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah naungan identiti baharu Stellantis, tidak kurang daripada 14 buah jenama automotif (Abarth, Alfa Romeo, Fiat, Lancia, Maserati, Chrysler, Dodge, Jeep, Ram, Citroen, DS, Opel, Peugeot dan Vauxhall) bagi menobatkan gabungan FCA-PSA itu sebagai pengeluar keempat terbesar di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pakar industri memberikan analisis terdapat jenama yang bakal digugurkan kesan daripada penggabungan tersebut.

Menurut laporan daripada Associated Press dan Automotive News, antara jenama yang disebut-sebut adalah Chryster.

Ini kerana dalam banyak-banyak jenama yang disebutkan itu tadi, Chryster merupakan jenama automotif yang hanya memiliki dua model sahaja - sedan 300 dan minivan Pacifica!

Tambah menyedihkan apabila Chrysler dikenali sebagai  jenama yang kurang berkualiti, seperti yang pernah dilaporkan di mana model sedan 300 dijual dengan set lampu utama yang tidak sama, dan kawalan kualiti yang kurang memuaskan.

 

satu-satunya model Lancia pada ketika ini


Jenama Lancia juga antara yang disebut-sebut memandangkan jenama itu sendiri menghadapi kesukaran kerana menjual kenderaan yang dijenamakan semula dari Chrysler.

Malah, Lancia kini hanya mempunyai satu model sahaja (Ypsilon) yang dijual di pasaran tunggal Itali.

Selain daripada dua jenama yang disebutkan tadi, antara jenama yang berisiko termasuklah Dodge, Maserati, Alfa Romeo dan DS Automobiles.

Sumber: Automotive News, Associated Press

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Informasi
Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk…
Berita Global
Satu laporan terkini daripada MacRumours menyebut syarikat itu dikatakan telah membeli tapak litar…