Ura-ura: Apple beli tapak litar ujian Chrysler di Arizona

oleh Mohamad Hanif|
Ura-ura berkenaan projek Apple Car kembali berlegar di ruang maya, setelah beberapa kali cubaan untuk mengadakan perbincangan bersama pihak ketiga menemui jalan buntu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu laporan terkini daripada MacRumours menyebut syarikat itu dikatakan telah membeli tapak litar pengujian yang pernah dimiliki oleh Chrysler bertempat di Wittmann, Arizona.

Menurut laporan MacRumours, fasiliti litar pengujian kenderaan itu telah dibeli oleh Route 14 Investment Partners LLC, pihak penyewa lokasi itu sejak tahun 2017.

Walaupun tiada sebarang hubungan dikesan antara kedua-dua identiti tersebut, ramai pihak yang percaya syarikat teknologi gergasi itu sebenarnya berselindung di sebalik identiti Route 14 Invesment Partners LLC itu tadi.

Pemilihan Arizona sebagai lokasi pembangunan Apple Car adalah sangat bertepatan, memandangkan Grand Canyon State telah menjadi salah satu lokasi pengujian dan pembangunan kenderaan swapandu sejak tahun 2015 lagi.

Terdahulu, Apple diberitakan telah mengadakan perbincangan dengan gergasi automotif Toyota bagi meneruskan projek Apple Car yang dijadualkan memulakan produksi pertama pada tahun 2024.

Apple juga turut berbincang dengan pengeluar automotif seperti Nissan dan Hyundai, namun langkah tersebut tidak membuahkan sebarang hasil.

Arizona Proving Ground berkeluasan 15.5 km persegi, dan mempunyai lebih daripada 80 km jaringan jalan raya konkrit dan tidak berturap, termasuk litar oval bercerun sepanjang lapan km yang sangat sesuai digunakan untuk pengujian lengkap sesebuah kenderaan.

Lokasinya berdekatan dengan kawasan pergunungan dengan ketinggian 152 hingga 1,981 m dari aras laut, selain mempunyai julat suhu tahunan bermula dari -1 hingga 49 °C.

Sumber: MacRumours

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada DigiTimes, syarikat teknologi gergasi itu sedang melakukan perbincangan…
Berita Global
Menurut jurucakap Nissan, "Kami tidak melakukan sebarang rundingan dengan Apple, akan tetapi Nissan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, disebabkan terlalu banyak informasi yang tertiris sejak…