ROBERT KEARNS. INDIVIDU HEBAT YANG BERJAYA MENUMBANGKAN FORD & CHRYSLER

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: The Washington Post
Bila cerita tentang Ford, generasi sekarang mungkin mengenali kereta Ford Mustang serta Ranger yang sangat popular di Malaysia. Ditambah pula dengan populariti mencanak filem Ford vs Ferrari yang diterbitkan pada tahun 2019 yang memaparkan sisi hebat Ford menciduk Ferrari.

Bayangkan, Ferrari kalah dengan Ford. Hebat betul!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk disebabkan kesalahan sendiri. Tamak dan sombong. Itulah kata-kata yang sesuai diungkapkan kepada mereka yang mengendalikan syarikat ini pada ketika itu.

Kenali Robert Kearns

Robert Kearns atau nama penuhnya Robert William Kearns merupakan seorang jurutera, pengajar dan juga pencipta. Selain itu, ketika perang dunia kedua, beliau juga bertugas sebagai U.S Army di bahagian pembuatan. Beliau juga merupakan ahli di dalam organisasi "Office of Strategic Services" dibawah seliaan "Central Intelligence Agency" (CIA). Lain macam portfolio dia ni. Bukan biasa-biasa.

Apa kena mengena individu ini dengan Ford? Sabar. Kita cerita satu-satu.

Pada usia kecil beliau, Robert Kearns sangat mengagungkan Ford. Beliau pernah melawat kilang Ford dan sangat kagum dengan teknologi Ford pada ketika itu. Kekaguman terhadap Ford memberikan beliau dorongan untuk menjadi seorang jurutera dan pencipta. Dengan harapan, mampu memberikan sesuatu kepada syarikat ini pada satu masa nanti.

 

Permulaan Segalanya

patent
sumber: Google Patents


Pada tahun 1953, ketika ini Robert Kearns sedang berbulan madu di Ontario, Canada bersama isterinya Phyllis. Namun tragedi menimpa apabila penutup botol Champagne terpelanting apabila dibuka dan terkena mata kirinya. Akibat daripada itu, penglihatan mata kiri beliau terjejas teruk.

Ketika proses pemulihan, beliau mendapat idea tentang mekanisma kelopak mata. Kelopak mata tidak tertutup dan terbuka secara tetap mengikut masa tertentu tatapi ianya berkelip. Oleh itu, mekanisma kelopak mata ini menjadi asas idea kepada Robert Kearns untuk mencipta sistem yang dikenali sebagai "Intermittent Wiper"

Ye Tuan-Tuan. "Intermittent Wiper" merupakan sistem yang masih dipakai sehingga ke hari ini. Robert Kearns merupakan individu yang menciptanya. Menurut beliau, sistem "Wiper" haruslah berfungsi seperti kelopak mata. Pada ketika itu, sistem "Wiper" hanya mempunyai dua mekanisma iaitu ketika hujan gerimis dan hujan lebat. Mekanisma kedua-dua situasi ini memberikan perbezaan dari segi kecepatan "Wiper" berfungsi.

Sejak tragedi yang menimpa matanya, beliau menghabiskan 10 tahun di dalam makmal dan bengkel di bahagian bawah rumahnya untuk mencipta serta memperhalusi sistem ini. Beliau menggunakan komponen kereta seperti papan pemuka dan cermin daripada kereta terbuang untuk membuat prototaip.
 

Pertemuan Dengan Ford

wi[er
gambar hiasan, sumber: Top Gear PH


Selepas 10 tahun melakukan R&D, prototaip "Intermittent Wiper" ini akhirnya siap. Sistem ini terdiri daripada beberapa komponen elektrikal antaranya transistor, kapasitor dan juga resistor. Komponen ini diletakkan di dalam kotak merah dan ditanda dengan perkataan "DO NOT OPEN".

Pada 1963, beliau memasang sistem ini pada kereta Ford Galaxie dan memandu ke syarikat Ford untuk mempamerkan ciptaan beliau. Kenapa Ford? Kerana Ford merupakan antara syarikat "Big Three" ketika itu dan juga merupakan syarikat idaman Robert Kearns sendiri. Pengurus Ford ketika itu dikatakan berminat terhadap ciptaan beliau namun tidak menunjukkan komitmen. Pada hari yang sama, barisan jurutera Ford menyapa beliau di lot parking dan bertanyakan pelbagai soalan tentang sistem ini. Mereka memberitahu bahawa mereka berminta dengan sistem ini namun sistem ini wajib melepasi piawaian mereka terlebih dahulu.

Balik ke rumah, Robert Kearns membeli akuarium dan memasukkan campuran minyak serta debu lalu memasukkan sistem ini kedalamnya. Beliau membiarkan sistem ini berjalan selama 6 bulan. Hal ini untuk memastikan bahawa sistem ini mampu beroperasi pada keadaan yang ekstrem tanpa gagal.

Selepas lulus ujian ini, beliau memfailkan paten ini seterusnya ke syarikat Ford bagi perjumpaan kali kedua. Beliau membentangkan ciptaan ini kepada barisan eksekutif dan jurutera Ford. Akhirnya pihak Ford menganugerahkan beliau kontrak namun dengan satu syarat. Segala hasil ciptaan beliau ini hendaklah dirahsiakan sebelum kontrak dimeterai.

Robert Kearns setuju dengan syarat tersebut. Beliau merasakan bahawa inpiannya telah menjadi kenyataan. Beliau berbesar hati berkongsi mekanisma ciptaannya kepada jurutera Ford daripada A-Z. Tiada yang tertinggal.

Namun kegembiraan ini tidak bertahan lama, pihak Ford senyap membisu selepas itu. 5 bulan berlalu tanpa apa-apa berita. Robert Kearns cuba berhubung dengan pihak Ford namun jawapan yang diterima sangat menghampakan iaitu pihak Ford akan membangunkan sistem "Wiper" mereka sendiri dan khidmat Robert Kearns tidak lagi diperlukan.

Robert Kearns masih tidak berputus asa. Selama 2 tahun selepas itu beliau masih berhubung dengan pihak Ford dengan harapan untuk memeterai sesuatu namun tiada balasan dari pihak Ford. Setelah itu, pihak Ford terus berhenti dari berhubung dengan beliau.

 

Dikhianati

Ford


Pada tahun 1969, pihak Ford memperkenalkan sistem "Intermittent Wiper" pada barisan model Ford Mercury. Kemudian, pada tahun 1976 anak sulung beliau iaitu Dennis Kearns menngambil "Intermittent Wiper Control Box" yang digunakan pada Mercedes Benz dan diserahkan kepada ayahnya.

Apabila dibuka, beliau mendapati rekaan sistem tersebut merupakan rekaannya dan ditiru bulat-bulat. Hal ini mendatangkan kemarahan kepada beliau. Beliau juga mendapat tahu bahawa paten yang difailkan oleh pengeluar kenderaan seperti Ford, Chrysler, Volkswagen, Renault, General Motors dan lain-lain mempunyai persamaan dengan paten yang dihasilkan olehnya.

Perkara ini memberikan impak yang kuat kepada kesihatan mental beliau sehinggakan beliau terpaksa menghabiskan masa selama 2 minggu di wad psikiatrik. 

Selepas pulih, beliau menulis surat kepada Ford untuk memberitahu tentang kesalahan hak cipta. Pihak Ford membalas kenyataan tersebut dan mendakwa kenyataan beliau tiada asas kerana ciptaan beliau tidak cukup bagus untuk dikira sebagai ciptaan. Ford menambah, ciptaan beliau hanyalah penambahbaikan dari sistem yang sedia ada.

 

Saman

Pada tahun 1977, Robert Kearns bertindak mamfailkan saman terhadap Ford, Chrysler, General Motors dan beberapa pengeluar lain atas dakwaan perlanggaran hak cipta. Pada masa yang sama, beliau menuntut $50 bagi setiap kenderaan Ford yang dilengkapi dengan sistem "Intermittent Wiper" yang dijual oleh Ford.

Di dalam dunia korporat, syarikat besar seperti Ford cenderung untuk mencuri hasil karya pencipta berbanding mengambil lesen secara sah. Hal ini kerana cara ini lebih menjimatkan kos dan mereka tidak terikat dengan bayaran royalti.

Cara mereka cukup kejam. Apabila disaman, mereka akan menarik kes ini sepanjang yang mungkin sehinggakan pencipta-pencipta kecil seperti Robert Kearns kehabisan wang dan menghadapi kemurungan. Apabila ini berlaku, mereka akan cuba menyelesaikan kemelut ini di luar mahkamah dan kes tidak akan disambung.

Tetapi pihak Ford silap, Robert Kearns tidak mudah mengalah. Anda sendiri baca biodata Robert Kearns tadi kan. 

Sepanjang kes ini berlangsung, Robert Kearns mengupah dan memecat 5 firma guaman sehinggakan pada akhirnya beliau mewakili dirinya sendiri di mahkamah. Tekanan yang dihadapi keluarganya juga bertambah sehinggakan isterinya meminta cerai.

Menurut Robert Kearns juga, kes ini juga bukanlah kerana wang semata-mata. Buktinya beliau menolak tawaran pihak Ford sebanyak USD30 juta untuk menarik balik kes ini. Menurut beliau lagi, sekiranya beliau menerima tawaran itu, beliau tiada bezanya seperti seorang "pekerja" kepada pihak Ford.

Keputusan

ford
sumber: The New York Times


Akhirnya setelah 12 tahun berjuang, pada tahun 1990 mahkamah memutuskan pihak Ford bersalah menitu karya Robert Kearns dan diperintahkan untuk membayar beliau sebanyak USD10.2 juta.

Pada tahun berikutnya, beliau memfailkan saman terhadap pihak Chrysler dan mahkamah memutuskan pihak Chrysler turut bersalah menitu karya beliau. Mahkamah mengarahkan pihak Chrysler membayar Robert Kearns sebanyak USD18.7 juta.

Kedua-dua kemenangan ini menjadikan jumlah saman terkumpul adalah sebanyak USD28.9 juta.

Kalau manusia biasa, dah rehat dah. Namun tidak bagi beliau. Wang saman yang terkumpul itu tidak diusik sebagai tanda protes. Pada beliau, maruah adalah segala-galanya. 

Beliau turut memfailkan saman terhadap pengeluar-pengeluar lain. Namun kes tidak dapat disambung kerana kekurangan dokumen serta kekangan masa oleh Robert Kearns sendiri. Hal ini terjadi kerana beliau mewakili diri sendiri. Kerana pada beliau, tiada firma guaman yang mampu membantu beliau.

Pada akhirnya, beliau membeli sebuah estet di Maryland dan bersara disitu. Walaupun hatinya masih mahu melawan, namun jasad serta jiwanya tidak lagi mampu menahan tekanan.

Pada tahun 2005, beliau meninggal dunia disebabkan komplikasi beberapa penyakit antaranya barah otak dan barah prostat. Beliau menginggalkan 2 anak perempuan, 4 anak lelaki dan 7 cucu.

 

Lagenda

akhbar
sumber: The Hustle


Kes ini mendapat perhatian media pada zaman itu dimana pihak media menyatakan kes ini sebagai "David vs Goliath"

Beliau juga dianggap lagenda oleh para pencipta-pencipta kecil dimana keberaniannya melawan syarikat besar memberikan inspirasi. 

Kes ini memberikan pengajaran kepada banyak pihak terutamanya syarikat besar supaya tidak sewenang-wenangnya memciplak hasil karya orang lain demi kepentingan sendiri. Bukan sahaja di industri Automotif, namun di semua industri. Kebenaran akan terungkap jua pada akhirnya. Cuma dalam kes Robert Kearns vs Ford & Chrysler ini, Robert Kearns memang menang, namun dia kehilangan hampir semuanya. Keluarga dan juga ciptaannya. Hampir separuh hidupnya berjuang untuk mempertahankan haknya. Seperti pepatah melayu, menang jadi arang, kalah jadi abu.

Kes ini juga turut difilemkan melalui filem "The Flash Of Genius" yang diterbitkan pada tahun 2008.

 


Penulis: Ahmad Omar

Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.