Jeep Wrangler bantu tugas penguasa pantau keselamatan persisiran pantai

oleh Mohamad Hanif|
Musim panas bukan penghalang bagi unit penguatkuasa untuk menjalankan tugas memantau keselamatan rakyat, terutama di kawasan peranginan dan percutian.

Mengambil inisiatif daripada situasi tersebut, Jeep telah mempersembahkan kepada pihak penguasa tempatan, The Carabinieri dua buah kenderaan mereka yang telah diubahsuai untuk menjalankan tugas-tugas rondaan, terutama di tepian pantai Romagna Riviera sejauh hampir 30 km.


Jeep Wrangler yang dikhususkan untuk menjaga persisiran pantai telah dilayangkan dengan livery pasukan polis tentera dan modifikasi lain termasuklah lampu limpah, siren, pemegang mesingan, radio mudah alih serta lift kit 2 inci daripada Fox Performance. 

Bagi menyesuaikan diri dengan keadaan jalan yang pelbagai, Jeep Wrangler telah dipasangkan tayar all-terrain 32 inci yang dipadankan dengan rim 17 inci.
 


Selain daripada Jeep Wrangler, pasukan Carabinieri juga menerima Jeep Renegade dan Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio bagi membantu misi khas termasuklah tugas-tugas mengiringi VIP dan mengangkut darah serta organ kepada mereka yang memerlukan. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jeep, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena SUV dan trak pikap off-road kerana…
Berita Global
Pendatang baharu ke dalam senarai trak pikap 6x6 kali ini ialah sebuah Jeep Wrangler yang telah…
Berita Global
Berdasarkan ujian yang dijalankan baru-baru ini oleh EURO NCAP, Fiat Panda menjadi kenderaan kedua…