Jeep perkenal Wrangler Magneto Concept - SUV off-road EV dengan transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Easter Jeep Safari yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Jeep memperlihatkan empat buah model konsep termasuk sebuah model Wranger elektrik yang dikenali sebagai Magneto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jeep Magneto menggunakan asas daripada Wrangler Rubicon, dan didatangkan dengan empat pek bateri yang digabungkan (kapasiti 70 kWh) dan diposisikan di sekeliling casis untuk pengagihan berat yang optimum.

 


Magneto mampu menghasilkan 285 kuasa kuda dan 370 Nm dan menariknya ia didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan serta transfer case dua nisbah kelajuan, di mana menurut Jeep 'mampu beroperasi sama seperti model enjin pembakaran dalaman'.

EV ini dilayangkan dengan warna putih dan aksen biru yang dihiasi decal Magneto, serta kelengkapan seperti tayar off-road, rim 17 inci, lift kit 2 inci, cangkuk dan sangkar keselamatan.

 

 

Tiga lagi model konsep yang dipamerkan adalah:

 

Jeep Wrangler Orange Peelz


Model konsep off-road yang dilayangkan dengan kemasan jingga serta cermin hadapan Corning Gorilla Glass.

Ia hadir dengan ciri unik seperti pintu setengah, bumbung suria yang boleh ditanggalkan, lampu bantuan, lift kit 2 inci, serta tayar M/T.

Jeep Wrangler Orange Peelz ini dikuasakan oleh enjin bentangan V6 Pentastar 3.6 liter yang menghasilkan 285 hp/353 Nm serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan.

 

 

Jeep Gladiator Rubicon Red Bare


Untuk pemanduan off-road yang lebih serius, Gladiator Rubicon ini dilengkapi dengan nisbah merangkak 91:1, gandar Dana 44 dengan nisbah 4.88, bampar keluli, cangkuk, pelindung gril dan tayar BFGoodrich.

Enjin EcoDiesel V6 3.0 liter mampu menghasilkan 260 hp dan 599 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

 


Jeepster Commando Beach 1968


Model penghujung era 1960-an ini dibawakan kembali dengan elemen moden, kemasan cat khas, serta upholsteri kulit merah.

Ia mendapat enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 340 hp dan 500 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Ianya berdasarkan dakwaan bahawa Mahindra telah menyalin reka bentuk model Jeep. Hakim Daerah U.S…