Jaguar Land Rover Malaysia gabung operasi Sime Darby Auto Connexion, SISMA Auto

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar bagi kenderaa Jaguar dan Land Rover di Malaysia dilapor akan menyatukan operasi Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabungan ini dikatakan mampu memperkukuh pengendalian perniagaan runcit mereka di dalam negara sebagai sebahagian daripada perancangan memajukan keupayaan servis dan perkembangan jenama tersebut untuk jangka panjang.

Perancangan ini akan menyaksikan perolehan aset dari Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto berikutan gabungan pusat operasi perniagaan di Ara Damansara.

Premis 4S Jaguar Land Rover merupakan fasiliti 4S yang terbesar di Asia Tenggara, dan JLRM juga bakal beroperasi di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan JLRM berkata, pelaksanaan penggabungan akan meletakkan syarikat dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam menyediakan khidmat kepada pelanggan di samping mengoptimumkan kos runcit, perdagangan dan perbelanjaan.

Gabungan pengalaman selama lebih 60 tahun antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto bakal meletakkan kelebihan yang tersendiri, di mana kedua-dua pihak pernah mendapat pengiktirafan terhadap prestasi serta meraih kedudukan tertinggi dalam anugerah Retailer of the Year Award 2020/21.
 

JLRM


Bilik pameran JLRM seluas 167,586 kaki persegi itu bakal menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelanggan, selain menempatkan kenderaan baharu dan terpakai Jaguar Land Rover di bawah satu bumbung yang memberikan lebih banyak pilihan.

Selain itu, JLRM bakal meneruskan pelaburan dalam latihan untuk meningkatkan juruteknik Master Level 4 dan Juruteknik Teknologi Kenderaan Elektrik bertauliah bagi memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik untuk kenderaan mereka.

Program jangkauan perkhidmatan juga akan diperluaskan ke wilayah selatan di Johor Bahru, selain mengekalkan liputan di bahagian utara menerusi premis di Pulau Pinang.

Para pelanggan juga boleh menjangkakan pelancaran model baharu dalam masa terdekat, seperti Jaguar F-PACE, Jaguar XF, Jaguar I-PACE, Land Rover Defender 90 dan Range Rover serba baharu.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut untuk JLRM. Pengarah Urusan…
Pelancaran
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Range Rover Sport 2023 ini dikuasakan oleh enjin Ingenium enam…