RANGE ROVER EVOQUE 2024 DIKEMASKINI, 249PS, 365NM, HARGA DARI RM498,800

oleh Firdaus Razani|
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) baharu sahaja melancarkan model kemaskini terbaharu SUV, iaitu Range Rover Evoque Facelift 2024 ke pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini dengan sempurna sambil mengekalkan DNA yang melambangkan kehebatan Range Rover.

Range Rover Evoque facelift hadir dengan tiga pilihan varian iaitu P200 Dynamic SE (M Spec) untuk model standard, seterusnya P250 Dynamic SE (H Spec) dan P250 Dynamic HSE (Lux Spec) untuk varian tertinggi.

 

evoque

 

Walaupun masih dinadikan dengan enjin yang sama, iaitu enjin 2.0 liter empat silinder petrol, setiap varian diberi dua pilihan yang menawarkan ciri-ciri berbeza bagi model P200 dan P250.

Bagi pilihan model P200, ia ditawarkan dengan kuasa output yang mampu mencapai 200 PS dan tork 320Nm, yang bertindak balas menghasilkan pecutan dari 0-100km/j dalam 8.6 saat.

Manakala bagi pilihan model P250, ia ditawarkan dengan kuasa output yang lebih tinggi, mampu mencapai 249 PS dan tork 365Nm, dan bertindak balas menghasilkan pecutan dari 0-100km/j dalam 7.6 saat.

 

evoque

 

Evoque facelift ini menampilkan gaya dan reka bentuk aerodinamik dengan reka bentuk luaran dipertingkatkan dengan gril yang dikemasikini bersama lampu depan Pixel LED yang agak nipis.

Dari sisi profil Evoque menunjuk siluet garis bentuk seperti coupe yang dicirikan oleh kontur bumbung yang mencerminkan kepantasan dan waistline yang menaik.

Bagi ruangan kabin, ia menampilkan dengan paparan skrin infotainmen sentuhan kaca melengkung 11.4 inci Pivi Pro generasi terbaharu yang disepadukan dengan rapi dibahagian konsol tengah.

 

evoque

 

Ciri-ciri lainnya, ia turut termasuk sistem bunyi Meridian 400W premium, stereng yang boleh dilaraskan secara elektrik, dan roda stereng yang diserlahkan dengan Moonlight Chrome.

Bagi melengkapi bumbung terapung dan juga garis badan yang lancar, Evoque Facelift memaparkan serlahan dan warna luar serba baharu untuk membawa perwatakan yang berbeza.

 

evoque

 

Pilihan warna baharu yang ditawarkan untuk model Range Rover Evoque facelift terbaharu ini, adalah warna Corinthian Bronze, Tribeca Blue dan Arroios Grey.

Harga jualan bagi Range Rover Evoque 2024 facelift ini ditawarkan kepada tiga pilihan varian iaitu ;

P200 Dynamic SE (M Spec) - RM498,800

P250 Dynamic SE (H Spec) - RM529,800

P250 Dynamic HSE (Lux Spec) - RM565,800

Berita Berkenaan

Pelancaran
SUV Range Rover Evoque generasi kedua itu ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu varian Evoque…
Berita Domestik
Acara pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Land Rover…
Berita Domestik
Membawakan bahasa rekaan serba baharu dan senang untuk dicam, Range Rover Evoque tidak ketinggalan…