Range Rover Sport 2023 masuk pasaran Malaysia - 400 PS, 550 Nm, dari RM1,698,000

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan SUV mewah Range Rover Sport 2023 (generasi ketiga) untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Range Rover Sport 2023 ini dikuasakan oleh enjin Ingenium enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan teknologi hibrid ringan 48V.
 

range


Secara keseluruhan, Range Rover Sport berupaya menjana kuasa setinggi 400 PS @ 5,500-6,500 rpm, dan daya kilas 550 Nm @ 2,000-5,000 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik ZF dan sistem pacuan semua roda.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 242 km/j.

Dari segi dimensi, Range Rover Sport berukuran 4,946 mm, lebar 2,209 mm, tinggi 1,820 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,997 mm, diikuti jarak lega bumi 216 mm (boleh ditinggikan sehingga 280 mm), dan keupayaan meredah air sedalam 900 mm.
 

Range


Ruang kargo pula adalah sebesar 647 liter yang boleh dibesarkan sehingga 1,860 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Range Rover Sport generasi ketiga ini dibangun menggunakan senibina logam campuran MLA-Flex, di mana tahap ketegaran kilasan casis kini 35 peratus lebih tinggi berbanding model terdahulu.

Secara standard, Range Rover Sport mendapat ciri seperti unit lampu LED Digital, pemegang pintu terbenam, rim aloi satin dark grey bersaiz 22 inci, sistem brek Brembo, sistem suspensi udara dinamik dengan larasan ketinggian dan kemasan luaran Dynamic.
 

range


Ruang kabin Range Rover Sport menyediakan ciri seperti skrin kluster digital 13.7 inci, skrin infohibur Pivi Pro 13.1 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin paparan head, kamera 360 darjah, sistem kawalan iklim empat zon, penderia kualiti udara kabin, Cabin Air Purification Pro, serta slot pengecasan tanpa wayar.

Ciri keselamatan pula merangkumi fungsi seperti brek kecemasan, bantuan titik buta, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, bantuan parkir, serta sistem pengesanan papan tanda trafik.

Untuk pasaran Malaysia, Range Rover Sport 2023 dijual pada harga bermula dari RM1,698,000.

Baca: Range Rover Sport generasi baharu

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut untuk JLRM. Pengarah Urusan…
Telah Diuji
Ketibaan Jaguar I-PACE sekaligus merancakkan lagi persaingan di dalam segmen EV premium di Malaysia…