Italdesign hasilkan teknologi elak insiden hydroplaning

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Italdesign lebih dikenali sebagai sebuah syarikat yang pakar di dalam penghasilan rekaan kenderaan, namun tidak ramai yang tahu mereka juga turut menceburi bidang keselamatan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Italdesign telah berganding bahu dengan Bosch dan Easyrain untuk menghasilkan sebuah sistem inovatif yang mampu menghalang kenderaan daripada kehilangan cengkaman di atas jalan basah.

Sistem yang mampu mengelakkan hydroplaning ni dinamakan sebagai Aquaplaning Intelligent System (AIS).

AIS menampilkan gandingan antara penderia dan perisian yang direka untuk mengesan kemungkinan kejadian hydroplaning, dan bila mana sistem mengesan kenderaan hilang cengkaman, satu tembakan jet air akan disiram kepada kawasan hadapan roda hadapan.

 


Tembakan jet air ini bertujuan untuk mengurangkan lapisan air di atas jalan yang tidak mampu disuraikan oleh tayar kenderaan, dan sekaligus mengembalikan semula kadar cengkaman tayar untuk memudahkan pengendalian.

Dalam satu video perbandingan ringkas, pihak pembangun menggunakan sebuah wagon Audi yang dipandu atas jalan yang bertakung air di litar pengujian Pirelli Vizzola, Itali dan kesan terhadap pemanduan apabila sistem tersebut digunakan atau dimatikan.

Menurut Easyrain, sistem AIS ini berkesan meningkatkan prestasi kenderaan sebanyak 35 peratus di atas jalan lurus, dan 30 peratus ketika sedang mengambil selekoh.

Malah, Easyrain turut mengesahkan sistem AIS ini amat sesuai digunakan untuk kenderaan arus perdana, serta kenderaan yang memiliki trenkuasa hibrid, elektrik sepenuh masa, atau dengan teknologi pemanduan autonomi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
  Enjin 4.7 liter V8 pada Boomerang berkuasa 317 hp dengan kelajuan hampir 300 km/j. Boomerang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…