Salah seorang pemilik GT-R50 ada di Singapura, skema warna 'Iron Man'!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R beberapa tahun yang lalu, pengeluar itu turut sama melancarkan model GT-R edisi terhad dengan perancangan produksi asal sebanyak 50 unit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja Nissan GT-R50 yang dihasilkan.

 


Salah satu daripada 19 unit yang dihasilkan itu sebenarnya ada di negara jiran kita Singapura berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada jurugambar automotif terkenal Larry Chen.

Tidak seperti model-model lain, Nissan GT-R50 ini dilayangkan dengan skema warna emas dan merah seakan sut perang watak adiwira Iron Man.
 

GTR50


Menurut Larry Chen, selain daripada fakta ia adalah unit tunggal di negara Singapura, unit ini juga merupakan satu-satunya unit yang ada di luar Jepun dengan warna skema Iron Man, dan kos bernilai US$1.1 juta (RM4.94 juta).

Rekaan luaran GT-R50 yang unik ini merupakan hasil kerja syarikat pereka terkenal Italdesign, dan hanya eksklusif untuk kesemua 19 unit yang telah dihasilkan.

Nissan GT-R50 ini membawakan trenkuasa yang dipinjamkan daripada GT-R Nismo, dengan hamburan kuasa 710 hp dan 780 Nm yang disalurkan kepada semua roda, dan kuasa pecutan 0-96 km/j lebih pantas daripada rekod standard 2.9 saat GT-R.

Baca: Nissan GT-R50

Baca: Nissan GT-R50 rasmi dilancarkan

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding GT-R yang biasa kita lihat di atas jalan, Nissan GT-R50 ini menampilkan rekaan yang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…
Berita Global
Namun, kesunyian itu dipecahkan sendiri oleh Nissan menerusi satu ciapan di laman mikroblog Twitter…