Kumpulan pertama Nissan GT-R50 diserahkan kepada pelanggan (akhirnya)

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2018, Nissan mengumumkan kerjasama dengan Italdesign untuk menghasilkan GT-R50 sebagai memperingati ulang tahun yang ke-50 GT-R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan produksi dihadkan kepada 50 unit sahaja, dan harga setiap satu bernilai €990,000 (RM4.8 juta).

Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan, penghantaran kumpulan pertama Nissan GT-R50 hanya dapat dibuat baru-baru ini, di mana lima unit terawal kini sedang dihantar ke para pemilik masing-masing.
 

GT-R50


Dibangunkan oleh Italdesign, GT-R50 menerima beberapa perubahan seperti contoh garis bumbung yang lebih rendah 54 mm, rekaan lampu utama serba baharu depan dan belakang, bumper yang lebih agresif, set rim kustom 21 inci dan sayap belakang yang boleh dilaras.

Dari segi kuasa, Nissan telah mengarahkan Nismo untuk menala kembali enjin V6 turbo berkembar 3.8 liter itu supaya mampu menghasilkan 710 kuasa kuda dan 780 Nm daya kilas, iaitu tambahan sebanyak 110 kuasa kuda dan 128 Nm berbanding Nissan GT-R Nismo.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi sekuential enam nisbah kelajuan, manakala sistem pemberhentian pula diserahkan kepada brek dari Brembo.
 

GT-R50


Sistem suspensi boleh laras pula menerima sentuhan daripada Bilstein bagi memastikan tayar Pilot Super Sport 255/35 R21 hadapan dan 285/30 R21 kekal melekat di jalanan ketika pemanduan berprestasi tinggi dilakukan.

Para pembeli diberikan kebebasan untuk memilih apa jua warna dan penyesuaian terhadap jentera ini, dan salah satu GT-R50 yang dihantar itu memiliki rekaan liveri yang diinpsirasikan daripada kereta pameran GT-R 1972 dan warna Verde Kemneri.

Dua orang lagi pemilik mengambil contoh daripada model konsep yang membuat kemunculan di Goodwood tahun 2018, dengan memilih kombinasi warna Liquid Kinetic Gray/Energic Sigma Gold.

Sementara dua unit terakhir membawakan rekaan yang dihasilkan oleh Argento Italdesign dan Nero Caravaggio.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
Berbanding GT-R yang biasa kita lihat di atas jalan, Nissan GT-R50 ini menampilkan rekaan yang…
Berita Global
Namun, kesunyian itu dipecahkan sendiri oleh Nissan menerusi satu ciapan di laman mikroblog Twitter…