Isuzu dedah video acah trak pikap generasi baharu D-Max 2020

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua trak pikap Isuzu D-Max sudah terlalu lama berada di pasaran semenjak tahun 2011 lagi, dan ia sememangnya memerlukan model pengganti baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari negara yang terkenal dengan kebanjiran trak pikap, Isuzu Thailand kini mendedahkan video acah yang memaparkan trak pikap D-Max generasi baharu yang dijangka membuat kemunculan pada 11 Oktober ini. 

 


Jika dibuat perbandingan dengan model trak pikap semasa, ternyata generasi baharu Isuzu D-Max lebih garang dengan penampilan rekaan serba baharu dan bukaan gril yang lebih besar.

Rekaan lampu utama hadapan pula sedikit mengecil dan dihiasi dengan lampu nyalaan siang jenis LED berbentuk U, manakala lampu belakang juga kini lebih moden dengan reka bentuk baharu berkotak.
 


Berdasarkan video, tidak dinyatakan kapasiti enjin yang bakal menghuni ruang hadapan trak pikap ini, namun lencana DDi pada pelindung enjin mungkin sekali merujuk kepada enjin 1.9 liter diesel turbo yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm. 

Besar kemungkinan varian enjin lain seperti 2.5 liter 4JK1-TC dan 3.0 liter 4JJ1-TCX bakal ditawarkan pada Isuzu D-Max generasi baharu. 
 


Menurut khabar berita, platform Isuzu D-Max ini juga akan digunapakai oleh Mazda untuk membangunkan generasi ketiga Mazda BT-50. 

Ini kerana Mazda telah membuat keputusan untuk berhenti daripada menggunakan platform Ford Ranger pada model generasi kedua sedia ada, namun tiada sebarang tempoh ditetapkan untuk kehadiran model pengganti Mazda BT-50.

Walaupun Isuzu akan memproduksikan trak pikap jenama Mazda, namun menurut CarAdvice, trak pikap Mazda BT-50 akan memiliki penampilan yang unik dan berbeza berbanding Isuzu D-Max. 
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…