Isuzu D-MAX X-Terrain kini dipertingkatkan dengan beberapa ciri baharu

oleh SALINA JALIL|
Isuzu D-Max X-Terrain kini menawarkan penambahan minima yang signifikan ke dalam senarai ciri sediaada.


“Isuzu D-Max generasi baru kekal menjadi kebanggaan kami. Model ini telah menghubungkan jurang antara fungsi sebenar trak pikap dengan kehendak pelanggan.


Model utama Isuzu ini ingin memastikan pelanggan menikmati sejumlah ciri yang benar-benar hebat yang akan menjadikan pemanduan mereka lebih selamat dan menyenangkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penambahan paling jelas adalah penambahan dua warna baharu iaitu Silky Pearl White (putih) dan Onyx Black (hitam) dan warna yang dikekalkan untuk varian X-Terrain adalah Valencia Orange (jingga).

 

kamera

 


Satu lagi pertambahan utama untuk varian ini adalah Around-View Monitor yang membolehkan persekitaran terdekat dipantau 360 darjah. Ciri ini juga ia juga memberikan pilihan panduan 3D dalam paparan 9 inci.

 

wireless


Salah satu ciri baharu adalah pelantar cas tanpa wayar untuk telefon pintar yang terletak di ruang depan gear, yang memudahkan pengguna. 
 

 

X-Terrain ini juga diberikan kemasan lampu alu-aluan di bahagian luar. Lampu LED akan bernyala di sekitar kawasan kaki ketika membuka kunci kenderaan. Lampu follow-me home juga ditambah pada model ini. 


Varian ini juga kini memiliki pelindung geseran (scuff plate) berlampu di bingkai pintu. 

 

scuff


“Saya yakin dengan tambahan ciri dan warna baru, D-Max X-Terrain akan terus menarik lebih ramai pemandu untuk beralih ke kenderaan kategori ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.


Isuzu D-Max X-Terrain 2022 ini akan dibuka untuk tempahan bermula sekarang di semua pengedar sah Isuzu dan akan mula diserahkan kepada pemilik pada pertengahan bulan Julai. 


Model baru ini dijual dengan kenaikan harga minimum dengan harga atas jalan (tak termasuk insuran) bermula dengan RM146,938.40.


Untuk maklumat lanjut mengenai D-Max baru yang hebat ini, kunjungi https://pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…