Isuzu bakal lancar D-Max dengan enjin 1.9 liter Ddi Blue Power tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat mereka yang menantikan enjin diesel baharu buat trak pikap D-max dan mu-X.

Sebagai tambahan kepada penawaran enjin diesel 2.5 liter sedia ada, Isuzu Malaysia bakal memperkenalkan enjin baharu Blue Power untuk pasaran Malaysia.

Enjin 1.9 liter Ddi Blue Power RZ-4E-TC yang dipertontonkan pada acara KLIMS tahun lalu itu akan diperkenalkan pada model D-Max dan mu-X menjelang penghujung tahun ini.

 

 

Untuk memastikan penggunaan bahan api yang lebih berkesan, Isuzu telah mereka semula ruang pembakaran jenis colothoid, bahan anti-geseran Diamond-Like-Coating, dan turbocharger yang efisien.

Secara tidak langsung, ia membantu peningkatan kuasa sebanyak 10%, daya kilas bertambah 9.4%, 8.2% lebih pecutan serta penjimatan bahan api 19% lebih baik berbanding enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo.

Walaupun memiliki sesaran yang lebih kecil, ia mampu menghasilkan 150 PS dengan daya kilas 350 Nm. 

​​​Selain daripada itu, Isuzu Malaysia juga menawarkan dua pakej aksesori original kepada para pelanggan, iaitu Pakej Titanium dan Pakej Robust, masing-masing memberikan imej yang klasik dan ranggi kepada kenderaan mereka.

 

 

Sebagai maklumat tambahan, Isuzu Malaysia masih mengekalkan kedudukan nombor satu di dalam segmen kenderaan komersil untuk tahun kelima berturut-turut dan segmen LD untuk tahun kesembilan berturut-turut!

Syabas Isuzu Malaysia! 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pikap ini dilayangkan warna Steel Grey Mica dan dilengkapi perkakasan khas yang menyerlahkan…
Berita Domestik
Rekod baru jualan tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media bagi acara…