Isu Tensioner pada RS-X - Dah settle sejak Ogos 2022!

oleh Firdaus Razani|
Siapa sahaja tidak mengenali motosikal 150cc dari Boon Siew Honda (BSH), Honda RS-X yang merupakan antara kapcai paling popular di pasaran kerana prestasi dan reka bentuknya yang moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan model tersebut mempunyai isu di Lifter Tensioner yang menyebabkan enjin mengalami masalah.

Dikatakan beberapa pemilik awal model itu mengalami masalah pada enjin seperti enjin mengeluarkan bunyi pelik dan beberapa isu major lain serta kegagalan enjin berfungsi.

rsx

Namun masalah tersebut hanya terkesan pada unit keluaran sebelum Ogos 2022, bagi unit selepas itu, komponen yang terjejas telah disemak semula dan seharusnya tiada sebarang masalah pada Lifter Tensioner tersebut.

BSH telah pantas bertindak untuk membaiki masalah teknikal yang dihadapi oleh model tersebut dengan menambahbaikan reka bentuk baharu corong pelincir pada Cylinder Comp.

rsx

Punca masalah tersebut telah dikenalpasti oleh BSH dan Honda Jepun, pihak mereka mendapati pengaliran minyak enjin tidak sampai ke bahagian enjin sepenuhnya.

 

rsx

 

Dengan penambahbaikan tersebut, ia membolehkan Lifter Tensioner mendapat pelinciran berterusan yang menambah baik pengaliran minyak dan menyelesaikan isu bunyi pelik yang berkaitan.

Bagi pemilik RS-X sebelum Ogos 2022, dinasihatkan untuk melawat pusat servis Impian X terdekat untuk lakukan pemeriksaan dan pembaikan Cylinder Comp tersebut.

rsx

Tambahan itu, jika pemilikan masih di bawah 2 tahun dari tarikh pembelian atau jarak perbatuan masih di bawah 20,000km (yang mana dahulu), sebarang masalah berkaitan dengan isu Lifter Tensioner akan diselesaikan di bawah waranti kenderaan.

Manakala, bagi pemilik yang telah melebihi tempoh waranti, segala kos akan ditanggung sendiri.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…