Isu suis lampu brek - Subaru lancar kempen panggil semula unit di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Subaru Corporation telah mengumumkan kempen panggil semula akibat isu suis lampu brek melibatkan model-model seperti berikut:

  • Forester 2014-2016MY
  • WRX 2011-2014MY
  • Impreza 2008-2016MY
  • XV 2012-2017MY

*MY - Tahun Pembuatan

Menurut Subaru, kes ini disyaki berpunca daripada gas silikon daripada sesetengah produk pengguna menyerap masuk kepada perumah suis lampu brek. 

Hal ini menyebabkan segala fungsi melibatkan suis lampu brek seperti lampu brek, transmission interlock, ignition interlock, kawalan dinamik kenderaan dan ciri EyeSight akan berhenti berfungsi. 

Ini mampu meningkatkan risiko pelanggaran ketika sedang memandu kerana pengguna lain tidak sedar kenderaan yang sedang berhenti di hadapan. 

Motor Image mengesahkan bahawa kesemua model yang terjejas di atas adalah termasuk unit yang terdapat di Malaysia, Hong Kong, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Para pelanggan yang terjejas akan dihubungi oleh pihak Motor Image untuk proses penggantian suis lampu brek dan kos penggantian adalah percuma sepenuhnya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…