Isu stereng berkuasa Subaru - Malaysia tidak terbabit

oleh HEZERI SAMSURI|
Rabu lalu Subaru Jepun mengumumkan bahawa pengeluaran di kilangnya di Jepun telah diberhentikan mulai 16 Januari dan akan disambung seawal 28 Januari ini.

Puncanya ialah kerosakan pada sistem stereng berkuasa untuk model Forester, XV dan Impreza yang dipasang di sana dari hujung bulan Disember 2018 sehingga 16 Januari lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Motor Image Group (MIG), pengimport, pemasang dan pengedar produk Subaru untuk sembilan negara di Asia termasuk Malaysia bagaimanapun berkata tidak ada satu pun dari produk yang dijual melalui mereka terbabit dengan masalah tersebut.

Namun begitu, MIG mengakui sebanyak 120 unit Subaru yang diimport dari Jepun khusus untuk Hong Kong, Taiwan dan Singapura terbabit di dalam panggil semula itu tetapi tidak ada satu pun yang sempat diserahkan kepada pelanggan.

Motor Image berkata tempahan untuk Forester baharu yang bakal dilancarkan akan diteruskan walaupun pelanggan terpaksa menunggu lebih lama kerana masalah ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…