Isu Lori Kebal - SPRM buka 70 kertas siasatan, suspek dihadap ke mahkamah sebelum raya

oleh Mohamad Hanif|

sumber gambar: Harian Metro

SPRM menjangkakan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam skandal melindungi sindiket lori hantu di Pulau Pinang akan dihadapkan ke mahkamah sebelum Aidilfitri ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata mereka juga menjangkakan sebahagian lain individu yang disiasat, termasuk pegawai kanan dan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, akan dituduh di mahkamah selepas Hari Raya Puasa.

Katanya lagi, pihaknya ketika ini masih lagi berusaha menyiapkan 70 kertas siasatan yang ketika ini hampir ke penghujungnya.

“Saya boleh katakan tidak kurang daripada 70 kertas siasatan, jadi sebagai pegawai penyiasat kami kena lengkapkan setiap kertas siasatan itu mengikut prosedur dan SOP kami.

“Jadi penyiapan kertas siasatan ini mengambil masa sedikit dan saya jangka selepas raya puasa ini mungkin akan ada beberapa kes yang dibawa ke mahkamah; kita tunggu keputusan daripada timbalan pendakwa raya,” katanya lagi.
 


Sebelum ini, media melaporkan lebih 50 tangkapan melibatkan anggota dan pegawai penguat kuasa JPJ serta orang awam dibuat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Mereka dipercayai turut terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri itu.

Sumber: Astro Awani

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
sumber gambar: Sinar Harian Tiga lelaki termasuk dua penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ…
Berita Domestik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu telah menahan seramai 22 lagi penguat…
Berita Domestik
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, seramai 31 individu termasuk 23…