Laporan pendedahan rasuah - JPJ takkan berkompromi!

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pendedahan Malaysiakini mengenai amalan rasuah dalam penguatkuasaan pengangkutan komersial melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jabatan itu memaklumkan akan membuat laporan dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan hari ini, JPJ merujuk laporan Malaysiakini bertajuk 'Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik' dan berkata pihak mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan rasuah dan penyalahguanan kuasa dalam jabatan itu.

"Tindakan tatatertib sehingga buang kerja akan dikenakan sekiranya sabit kesalahan," kata kenyataan itu lagi.

April tahun lepas, seramai 46 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dicekup SPRM.

Bagaimanapun selepas setahun penangkapan beramai-ramai itu, keadaan kembali seperti biasa. Ada antara mereka yang meminta ‘pampasan’ bagi bulan-bulan bersih tanpa rasuah itu.

Pemberian rasuah itu, yang antaranya ada yang berjumlah ribuan ringgit setiap bulan, diberikan untuk membenarkan lori syarikat logistik membawa muatan berlebihan atau menerima maklumat mengenai operasi JPJ.

Bagi mengelakkan dikesan, bayaran rasuah akan dimasukkan ke dalam akaun perantara milik keluarga, rakan atau ejen pegawai JPJ

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…