Lori kebal - 12 anggota polis IPK Pulau Pinang ditahan reman

oleh Mohamad Hanif|
Mahkamah Majistret George Town membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap 12 pegawai polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang dipercayai terlibat dalam kes melindungi pemandu lori lebih muatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan, Nur Fadrina Zulkhairi pada Rabu.

Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, ke semua mereka dibawa SPRM menggunakan dua buah kenderaan tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.30pagi dan kemudiannya meninggalkan Kompleks mahkamah pada jam 12 tengah hari.

Pada Selasa, SPRM menahan 12 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kegiatan meminta rasuah bagi melindungi pemilik syarikat yang melanggar kesalahan jalan raya dan lain-lain kesalahan di sekitar Pulau Pinang.

Malah, mereka juga turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dilaksanakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua mereka berusia antara 31 hingga 59 itu ditahan sekitar jam 9 pagi hingga 5.55 petang  Isnin di lapan lokasi berasingan sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Putrajaya.

Pada April 2019, sekurang-kurangnya 75 penguat kuasa dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di utara tanah air ditahan SPRM selepas disyaki menerima rasuah bagi melindungi pemandu lori lebih muatan.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan hari ini, JPJ merujuk laporan Malaysiakini bertajuk 'Rasuah dalam JPJ…
Berita Domestik
sumber gambar: Harian Metro SPRM menjangkakan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam…
Berita Domestik
sumber gambar: Sinar Harian Tiga lelaki termasuk dua penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ…