Isu Lori Kebal - bekas anggota SPAD antara tiga ditahan SPRM

oleh Mohamad Hanif|

sumber gambar: Sinar Harian

Tiga lelaki termasuk dua penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bermula hari ini.

Difahamkan, dua daripada mereka adalah penguatkuasa JPJ Pulau Pinang dan JPJ Perlis manakala seorang lagi adalah bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dipercayai, penguatkuasa JPJ yang kini bertugas di Perlis tersebut, sebelum ini merupakan anggota SPAD.

Kesemua mereka direman sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di sekitar negeri ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret L Umma Devi di Mahkamah Majistret di sini pada jam 10.30 pagi tadi.

Semalam, lebih 20 penguatkuasa JPJ dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan di pejabatnya berhubung kes sama.

Kesemua penguatkuasa gred 19 hingga 32 itu dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini bermula jam 9 pagi semalam.

Panggilan itu adalah siri yang ketiga selepas 46 anggota JPJ Pulau Pinang dipanggil untuk memberi keterangan kes sama sejak minggu lalu.

Rabu lalu, 23 daripada 24 anggota penguatkuasa JPJ negeri yang direman SPRM dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Beberapa hari selepas itu, 22 anggota penguatkuasa lagi ditahan namun 17 daripada mereka difahamkan dibebaskan dengan jaminan.

Semua penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000 - SINAR HARIAN

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
sumber gambar: Harian Metro SPRM menjangkakan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam…
Berita Domestik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu telah menahan seramai 22 lagi penguat…
Berita Domestik
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, seramai 31 individu termasuk 23…