Ini langkah-langkah dari mula masuk sampai kena cucuk!

oleh SALINA JALIL|
Careta.my - adalah sebuah platform maklumat tentang industri automotif, di mana kami sering bawakan khabar berita tentang dunia automotif di dalam dan luar negara.


Tetapi kali ini kami ingin menceritakan pengalaman kami tentang suntikan vaksin COVID-19 yang kami sendiri telah menerimanya.


30 April 2021, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa warga Selangor boleh mendapatkan vaksin AstraZeneca atau lebih dikenali sebagai vaksin AZ.


Beberapa lokasi telah terpilih untuk memberi suntikan vaksin tersebut, iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Ideal Convention Centre (IDCC), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia bermula dari 5 Mei 2021 dengan cara mendaftar diri di laman web www.vaksincovid.gov.my pada 2 Mei 2021.

 

Warga Careta yang beralamat di Selangor telah sehati sejiwa mengadap komputer dari jam tepat 12 tengahari, kami berpusu-pusu cuba mendaftar  dan akhirnya kami menerima pengesahan bahawa permohonan kami telah berjaya! 

 


Penulis kami, Hanif Suib adalah yang terawal sekali mendapat suntikan tersebut di IDCC, diikuti oleh pengarah video kami, Hafiz/Din dan yang ketiga adalah penulis sendiri pada 19 Mei lalu bertempat di WTCKL, pada jam 10 pagi.

 

 

Berikut adalah beberapa tips yang penulis ingin berikan kepada anda sebagai garis panduan.


1.  Pastikan anda telah mengalas perut sebelum mengambil vaksin tersebut.

 

2.  Pastikan anda membawa sebotol air minuman sebagai persediaan.

 

3.  Memandangkan kami tak pasti samada akan mengalami alahan pada vaksin tersebut atau tidak, penulis telah mengambil perkhidmatan ehailing untuk ke lokasi. 

 

4.  Jangan sampai terlalu awal ke lokasi, memadai setengah jam sahaja. 

Sekiranya anda terlalu awal, pihak petugas akan mengarahkan anda duduk di luar sahaja sehingga masa yang telah ditetapkan untuk temu janji anda. 

Di WTCKL, kami menunggu di seberang jalan dan diingatkan supaya anda sentiasa mengamalkan perjarakan social (social distancing).

 

5.  Patuhi arahan pihak PDRM yang bertugas di setiap lokasi. Mereka juga yang akan mengumumkan masa kemasukan anda ke dalam dewan.


6.  Pastikan bateri handphone anda mencukupi dan bawa power bank sebagai tambahan.


7.  Bawa sebatang pen untuk digunapakai semasa mengisi borang yang akan diberikan kemudian.

 

8.  Pakai pakaian dan kasut yang selesa kerana 'perjalanan' anda di sini agak jauh.
 

 

 

Panggilan masuk ke dewan/Ruang Beratur

 

1.  Pihak PDRM membuat pengumuman bahawa sesi jam 10.00 pagi supaya membuat barisan untuk masuk ke dalam dewan.

 

2.  Anda perlu menunjukan aplikasi MySejahtera bagi membuktikan bahawa sesi anda adalah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

 

3.  Aplikasi tersebut juga ada dinyatakan ditempatkan di stesen yang mana. Di PWTC terdapat tiga stesen iaitu Stesen 1, Stesen 2 dan Stesen 3.

 

4.  Untuk warga emas dan golongan OKU, anda cuma perlu mengikut masa dan tarikh temujanji anda tetapi TIDAK PERLU berbaris dan juga mempunyai lorong tersendiri, ia adalah lorong ekspres untuk memudahkan golongan ini.

 

5.  Jangan lupa untuk imbas aplikasi MySejahtera sebelum memasuki dewan, anda juga akan diambil suhu badan dan pegawai bertugas akan menyarankan penggunaan hand sanitiser di sini.

 

6.  Beratur mengikut barisan dan tunggu arahan seterusnya.
 

 

 

Ruang Menunggu 1


1. Di sini pegawai KKM akan memaklumkan prosidur-prosidur yang akan berlaku hari ini.


2. Aplikasi MySejahtera anda juga akan disemak bagi memastikan anda adalah dari kawasan 'low risk', sekiranya anda telah mempunyai kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-19, anda akan dibawa ke ruang lain.

3. Pegawai KKM juga memaklumkan bahawa anda akan diberikan dua keping borang untuk diisi kemudian.

 

ruang

 


Ruang Menunggu 2

 

1.  Di sini anda diberikan nombor giliran dan dua helai borang yang perlu diisi dengan lengkap.  

 

2.  Di sini juga anda akan mendaftar diri di aplikasi MySejahtera yang menunjukan bahawa anda hadir untuk sesi vaksin pertama. (Daftar hadir luar dan dalam dewan adalah berbeza)

 

3.  Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil untuk bergerak ke prosidur seterusnya.


 

 

Ruang konsultasi 1

1.  Di sini para petugas akan semak borang yang telah diisi tadi dan infomasi MyKad/Pasport anda.

 


Ruang konsultasi 2

1.  Di sini ditempatkan pakar perubatan dan para doktor di mana mereka akan bertanya tentang sejarah 'kesihatan' anda dan samada anda mempunyai alahan atau tidak.  Anda juga boleh bertanya tentang vaksin yang akan diambil atau apa sahaja tentang perubatan. 


2.  Anda juga dinasihatkan supaya menyediakan panadol secukupnya sekiranya anda tidak berasa selesa, demam atau sakit kepala selepas divaksin. Sekiranya anda mempunyai simpton-simpton lain atau kesakitan berpanjangan melebihi 48 jam, anda perlu menghubungi pihak KKM pada kadar segera.



 

 

Stesen vaksin


1. Terdapat beberapa bilik kecil yang disediakan untuk suntikan vaksin.

2. Ikut arahan petugas yang akan mengarahkan anda ke bilik suntikan.

3. Pengambilan video semasa disuntik adalah digalakkan supaya anda mempunyai bahan rujukan bahawa anda telah divaksin.

4. Doktor atau jururawat yang menyuntik anda akan menulis dan menandatangani nama mereka di kedua-dua borang tersebut.

 

vaksin stesen

 

 

Recovery Room (Bilik Rehat)


1. Anda akan ditempatkan di sini selama 15 minit bagi memastikan anda berada dalam keadaan normal dan tiada reaksi alahan kepada vaksin tersebut.


Pada pengalaman penulis, selepas disuntik penulis berasa kepala seperti terapung-apung di awangan sedikit untuk beberapa minit.


2. Anda juga perlu serahkan kedua-dua borang anda di sini.  


3. Anda akan diberikan kad temujanji dan borang yang telah disahkan di sini. 

 

4. Borang pertama akan diambil oleh pihak KKM dan borang kedua akan dikembalikan kepada anda beserta kad temujanji.

 

5. Borang ini diperlukan untuk temu janji sesi vaksin kedua anda. Pastikan anda simpan kad dan borang ini ditempat yang selamat.

 

6. Jangan lupa mengesahkan aplikasi MySejahtera bahawa anda telah menerima suntikan vaksin.

 


 

 

Selesai


1. Selepas 15 minit, sekiranya anda tidak menunjukan alahan dan kelihatan sihat, anda akan dibenarkan pulang.


Anda juga boleh bergambar di ruang yang disediakan sebagai catatan sejarah di mana setelah bertahun-tahun diberikan pelbagai suntikan seperti cacar, BCG, Rubella, kini di lengan anda tercatat suntikan 2021, AZ, TAHNIAH.


Pengalaman kami di WTCKL ini membuka mata kami, segalanya mudah dan teratur, setiap para petugas cekap menjalankan tugas dan sentiasa bersedia membantu.


Walaupun beratus yang hadir dan para petugas berkhidmat dari awal pagi lagi, mereka sentiasa peka dan terpacar keikhlasan mengalas tugas sebagai 'frontliner'. Kita patut malu pada diri sendiri kerana kegagalan kita menjaga SOP yang disarankan, mereka pula yang terpaksa menanggung 'beban'!

 

Kami harapkan garisan panduan yang diberikan ini dapat memberi kelegaan dan membantu anda yang bakal menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat. Kita cuma mampu berikhtiar sahaja, selebihnya kita serahkan kepada Yang Esa.

 

Kita jaga kita! Jangan harapkan KKM sahaja yang bertugas, kita juga ada tugas, iaitu menghadkan pergerakan kita! Para frontliners kita telah penat membantu kita, kini tiba masanya kita membantu mereka pula.

 

Syabas KKM dan terima kasih dari kami di Careta.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi mereka yang mahu mencari Passat Elegance, mereka boleh menikmati insurans percuma selama…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata,…
Berita Domestik
  Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama…