Malaysia, Singapura sepakat benarkan perjalanan udara, darat

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Malaysia dan Singapura mencapai kata sepakat bagi membenarkan semula perjalanan udara dan darat sepenuhnya untuk individu yang lengkap menerima vaksinasi Covid-19 dalam masa terdekat.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu antara yang menjadi fokus dalam perbincangan antara beliau dan rakan sejawatnya dari republik berkenaan, Ong Ye Kung, semalam.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

 

"Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di kedua-dua negara.

 

"Kami bersetuju keadaan sudah stabil dan kita boleh bekerjasama (sedia membenarkan) dengan segera ke arah penyambungan semula perjalanan udara dan darat sepenuhnya untuk mereka yang diberi vaksin lengkap," katanya menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau, semalam.

Terdahulu Khairy menyambut ketibaan Ong dan delegasinya ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya bagi membincangkan perkara berkenaan.

 

Khairy berkata, perbincangan berkenaan antara lain memperincikan pembukaan semula kedua-dua sempadan negara dengan selamat di kala kes Covid-19 masih meningkat.

 

Ong menerima pelawaan Khairy untuk membincangkan perkara itu sempena tiga hari lawatan rasmi beliau ke negara ini bermula Selasa.

 

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, Malaysia bersetuju membuka sempadan negara sepenuhnya pada 1 April ini.

 

Bagaimanapun, Khairy sebagai dipetik berkata, Singapura belum bersedia membuka sempadan mereka sepenuhnya dan meminta Malaysia menunggu terlebih dahulu.

 

Khairy juga berkata, perincian mengenai prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara termasuk udara dan laut akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun pihak berkuasa menjalankan kawalan ketat di sempadan, kewujudan banyak pangkalan haram…
Berita Domestik
"Hasil rondaan dan operasi dijalankan, Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan…
Berita Domestik
Beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan sepenuhnya oleh anggota KPDN di stesen-stesen minyak…