Ghana - Syarikat penerbangan bawa penumpang positif Covid-19, tidak divaksin bakal didenda

oleh SALINA JALIL|
Pengendali lapangan terbang antarabangsa di Ghana akan mengenakan denda sebanyak AS$3,500 (RM14,734) terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang didapati membawa penumpang positif Covid-19 atau tidak divaksin.

Peraturan itu dikuatkuasakan sejak Selasa lalu di Lapangan Terbang Kotoka di Accra.

Langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Ghana mewajibkan semua pengembara yang masuk ke negara ini untuk divaksin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peraturan itu juga disifatkan paling ketat pernah dilaksanakan susulan program vaksinasi Covid-19 yang rendah dalam kalangan negara Afrika ketika ini.

 

Masalah kekurangan bekalan vaksin itu diburukkan lagi dengan penularan varian Omicron.

 

Ghana setakat ini sudah memberi vaksin kepada lebih lima peratus daripada jumlah populasinya.

 

 

 

– REUTERS

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai situasi pandemik di kedua-dua negara.   "Kami…
Informasi
  Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara…
Berita Domestik
Ini bermakna apabila kadar vaksinasi diberi pada kadar 90 peratus, rata-rata semua negeri sudah…