Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara terbabit dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan VTL-Darat tersebut.
Bagaimanapun, MITI menegaskan bahawa pengembara terbabit wajib mendapat vaksinasi sepenuhnya manakala bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang tidak divaksinasi, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.
“Pengembara yang layak juga tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.
“Pada masa ini, VTL-Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terbabit akan menawarkan tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa,” katanya.
Sebelum sebarang pembelian tiket, pengembara yang mahu memasuki Malaysia menerusi VTL-Darat itu dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.
Butiran lanjut mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.