Imej hadapan Toyota Corolla sedan terdedah - tampil dengan rekaan sedikit berbeza

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal beberapa jam sahaja sebelum Toyota bakal memperkenalkan secara rasmi Toyota Corolla Sedan baharu yang akan disiarkan secara rasmi pada 15 November 2018 menerusi internet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, Toyota telah menerbitkan satu potongan gambar yang diambil daripada front fascia kereta tersebut yang menunjukkan rekaan yang hampir serupa pada versi hatchback dan station wagon.

bumper hadapan Corolla hatchback

Walaupun kelihatan agak sama, namun Toyota mengambil langkah tambahan dengan mereka kembali bahagian bumper hadapan supaya tampak lebih matang berbanding adik-beradik yang lain. 

Seperti biasa, Toyota masih merahsiakan informasi bnerkenaan sedan baharu Corolla ini yang dibangunkan berasaskan platform global TNGA, namun orang ramai boleh mengharapkan kabin yang lebih luas pada sedan ini. 

Baca: Toyota Corolla 2019 - Lima perkara yang perlu anda tahu.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dengan trenkuasa hibrid, kesemua bentuk badan Corolla (sedan, wagon, hatchback) boleh…
Model Terbaharu
Dua varian utama ditawarkan untuk pasaran Malaysia, masing-masing menerima nadi kuasa 1.8 liter 2ZR…